HANG TETAP SALAH LA DIN OIIIII.... NAK PUSING KOT MANA...


Mahiaddin kata duit yang diterima tu masuk 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶. Jadi di mana salahnya? Katanya lagi, tanyalah semua presiden parti pernah atau tidak terima dana syarikat swasta.


Terima dana (derma) daripada mana-mana syarikat tu 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 tak salah 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮. Tapi jika syarikat yang beri dana tu 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, tambah lagi Presiden parti tu pegang jawatan tertinggi kerajaan, di situ boleh jadi salah.


Persoalannya, 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸, adakah syarikat itu akan berikan dana? Di situlah ada keraguan pada urusniaga yang dijalankan. Di situlah wujudnya elemen 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮.


Soal masuk akaun parti atau akaun sendiri tu tak jadi hal. Sebab walaupun masuk akaun parti, sudah tentu presiden ada akses kepada wang tersebut.


Contohnya macam si 𝗦𝗮𝗱𝗱𝗶𝗾. Wang Armada pun 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Suka-suka 𝘵𝘳𝘢𝘯𝘴𝘧𝘦𝘳 masuk ASB dia sendiri. Wang parti pun pembesar parti boleh gunakan juga.


Tapi baguslah Mahiaddin sendiri mengaku memang ada wang masuk. Maknanya tuduhan yang dikenakan ke atasnya itu ternyata benar dan bukan konspirasi.


𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮. Cuma jangan berangan jadi banduan terhormat. Kamu cuma layak jadi 𝗯𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗻𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.