PM jawab Kiandee: ‘Jangan jadikan isu peruntukan Sabah politik picisan’


Isu peruntukan kepada Sabah boleh dibincangkan secara lanjut, dengan syarat ia dilakukan secara baik dan tidak dipolitikkan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Katanya, Ronald Kiandee yang membangkitkan isu tersebut patut faham berkenaan pengagihan peruntukan kepada Sabah kerana dia pernah menjadi bekas menteri. Semalam Ahli Parlimen Beluran itu membidas Anwar berhubung peruntukan RM16 bilion kerajaan persekutuan kepada Sabah yang didakwanya mengelirukan.


No comments: