FAKE AKAUN JAHAT!

Mohd Azlan Abdullah. 




Gewe Abu ni adalah fake akaun jahat yang selalu posting saya kemudian dia edit dan sebar sana sini sehingga mengelirukan pembaca.


Apepun, gambar dalam posting Gewe Abu ini adalah GAMBAR BETUL. Saya jelaskan kerana ramai yang bertanya dan bagitau ini gambar edit. Saya katakan, ini gambar betul.


 Ini gambar ketika saya bawa duit cash beli tanah dan saya buat bayaran secara tunai.


Asalnya saya nak bagi CEK je kat tuan tanah, tapi pihak mereka lebih selesa saya guna CASH untuk bayaran, sebab tu saya bawa cash!


Tiada yang pelik dan ajaib saya guna duit cash pergi beli dan bayar tanah!


Itu normal! Bukan benda salah! Yang penting duit ori, bukan duit palsu! Dan ini membuktikan urusniaga saya wujud!


Cuma bagaimana gambar ni tersebar saya tak pasti.


Sebab ketika tu saya ada bawa ramai bodyguard untuk tujuan keselamatan.


Jadi ada antara bodyguard tersebut minta nak ambil gambar duit cash, saya kata ok. Mungkin ada yang terlepas share gambar ni ke kenalan atau family mereka, lalu tersebar dan jatuh ke tangan fake fake akaun jahat!


Untuk makluman, saya biasa jualbeli hartanah ni dah berpuluh puluh juta amaun. Ada yang saya transfer, ada yang saya bayar cash, bergantung kepada situasi dan permintaan pihak owner tanah.


Tiada yang pelik dan luarbiasa di situ, ianya situasi normal bagi usahawan hartanah atau mana mana ahli perniagaan! Kita berurusniaga dengan wang ringgit, bukan cakap kosong!


Saya cuma nak bagitau bahawa akaun fb bernama GEWE ABU ini adalah FAKE AKAUN JAHAT yang selalu edit posting asal saya lalu menyebarkan ke mana mana page atau group untuk tujuan jahat!



No comments: