Cerita Hari ini. MSO


MSO

Polis tidak jadi untuk merakam percakapan Mahiaddin Yassin yang didakwa cuba mempertikaikan bekas Yang diPrertua Agong, Al Sultan Abdullah yang tidak menjemputnya untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke-10, disebabkan peguamnya tidak ada dalam negeri. Menurut ketua polis negara Razaruddin Hussain kenyataan daripada Mahiaddin itu akan dibuat esok. Malam ini tak tidur lagilah jawabanya Mahiaddin.


Kenapa untuk beri kenyataan kepada polis memerlukan peguam? Takutkah? Saya juga pernah dipanggil polis untuk beri kenyataan suatu masa dahulu tidak pun hadir dengan mana-mana peguam, hadir seorang diri sajaa. Kalau Mahiaddin berasakan dia dipihak benar dan tidak ada niat untuk mempertikaikan kehemahan Yang diPertua Agopng beliau tidak perlu takut untuk disoal siasat. Tidak payah berdolak dalih.


Hari ini juga pemuda Bersatu telah membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan kononnya menyunting ucapan Mahiaddin di Nenggeri itu sehingga menimbulkan masalah dan polemik hari ini. Tindakan Armada Bersatu itu dilihat cuba mengalih cerita dan meletakkan titik "ya", di atas bukan di bawah. Jangan cuba pusing ceritalah semua orang tahu dan dengar duhai Pemuda Bersatu. 


PN dah jadi kelam kabut gara-gara "keterlanjuruan" Mahiaddin itu.

Ahli Dewan Undangan Pahang daripada PN juga telah menyatakan sikap berhubung laporan ke atas Mahiaddin itu, wakilnya Tuituman menyokong polis menyiasat Mahiaddin kerana kecelupran berucap di Nenggiri itu. Sokongan itu menunjukkan Adun PN itu meragui dan kehilangan keyakinan kepada Mahiaddin.


Apakah kalau bekas PM yang gila nak jadi PM itu didapati bersalah, mereka sedia mufarakah Mahiaddin sekaligus meninggalkan Bersatu? Ada cula dan rona ke arah itu. Ini bab kata orang menanam padi tumbuh lalang, menanam jagong tumbuh rumpai.


Gara-gra Mahiaddin yang kurang berhati-hati dan bercakap mengikut rasa, masih tergila nak jadi PM telah menimbulkan masalah kepada PN. Apakah kisah ini akan turut meleburkan PN tanpa dibom dengan apa-apa bom nuklear atau atom? 


Ohya PDRM jangan lupa juga untuk panggil merakam percakapan seorang pengerusi ceramah Pas di Nenggiri lalu yang mengatakan DAP sebagai kafir harbi. Trims.