Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah komitmen YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) terhadap ekonomi manusiawi sejak dahulu.
Ekonomi manusiawi adalah signifikan kerana ia merupakan satu gagasan pemikiran yang menuntut pembangunan ekonomi yang inklusif, adil dan mampan.
Dengan mengambil semangat di sebalik keberkesanan Bank Grameen di Bangladesh, AIM telah membuka ruang untuk ramai penerimanya berdikari dan keluar daripada kancah kemiskinan.
Grameen bermaksud ‘kampung’ dalam Bahasa Benggali.
AIM amat istimewa di hati PMX, malah pernah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada agensi itu pada 1990-an ketika menjadi Menteri Kewangan.
Tiada siapa pun yang boleh menafikan bahawa dengan usaha PMX, akhirnya AIM boleh berkembang dan mendapat banyak pengiktirafan.
Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen di Bangladesh.
Bank Grameen bermula pada 1976 apabila Dr. Muhammad Yunus, ketika itu Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong, Bangladesh, menjalankan kajian tentang masyarakat fakir miskin luar bandar yang jarang terlibat dengan aktiviti perbankan.
Beliau mengasaskan 25 syarikat yang kesemuanya bertujuan menambahbaik taraf hidup golongan miskin.
Kali pertama idea Bank Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di USM, Pulau Pinang.
Kejayaan bank ini mendorong penubuhan Projek Ikhtiar oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim dari USM pada 1986, yang akhirnya berkembang menjadi AIM.
Pada 1994, Dr. Muhammad Yunus pernah menerima anugerah Tun Abdul Razak di Malaysia, sebagai menghargai sumbangan beliau kepada dunia.
Pada 2022, penerima Anugerah Nobel Peace Laureate 2006 ini telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau juga meneriman World Habitat Award (1997) dari the United Kingdom, Gandhi Peace Prize (2000) dari India, Petersberg Prize (2004) dari Amerika Syarikat.
Beliau juga merupakan seorang daripada hanya tujuh individu yang menerima Hadiah Nobel Peace, Pingat Kebebasan Presiden United States dan Pingat Emas Kongress United States.
PMX telah mendedikasikan hidup beliau dalam usaha membasmi kemiskinan sejak dari zaman mahasiswa hinggalah ke hari ini. Tidak pernah luntur.
Perjuangan PMX untuk menoktahkan kemiskinan adalah konsisten sejak dari dahulu lagi.
Dan penubuhan AIM adalah manifestasi, komitmen dan kesungguhan beliau dalam menoktahkan kemiskinan di negara ini.
PMX pasti berbangga dengan perkembangan AIM kini yang telah mempunyai lebih 300,000 sahabat wanita seluruh negara, sekali gus membantu ramai golongan itu keluar daripada kepompong kemiskinan, dan ada yang menjadi usahawan berjaya.
🤲🇲🇾🇵🇸
#SebarkanSalam #KitaKawan
#SpreadPeace #WeAreOne
https://www.facebook.com/share/p/DUqxrmNe2MPCkgDu/?mibextid=qi2Omg
https://x.com/DrZulkifliHasan/status/1824058703114588522?t=zhJTtyd9oYlXCHEk_u-hXA&s=08
https://www.instagram.com/p/C-sKMnYPN-w/?igsh=ZWxtNzh0ZHIybnRo
https://www.instagram.com/p/C-sJ0CRv8bQ/?igsh=eWl1anMzcHA5dDJi
*Salam. Mohon jasa baik untuk Like, Komen, RT/Repost dan Share. Terima kasih.*