𝗙𝗔𝗛𝗠𝗜, 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗡𝗔𝗞 "𝗔𝗖𝗧𝗜𝗢𝗡" 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 "𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥" : 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞





1) 𝗕𝗜𝗔𝗤 𝗕𝗘𝗧𝗜𝗞?? MenKom nak ambik tindakan ke atas 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗶𝘁, 𝗣𝗡𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮, 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙, kaki maki hamun dan cerca PMX di SocMed termasuk dalam 𝗪𝗛𝗔𝗧𝗦𝗔𝗣𝗣 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣?? Kah kah....🤣🤣Nak nangis ke nak ketawa??


2) BUKAN apa, sbb kami dah lama asak Fahmi Fadzil MenKom berkenaan fitnah, jenayah QAZAF, maki hamun dan cercaan terhadap PMX dan Kerajaan MADANI dlm Whatsapp Group rasannya dah lebih setahun kot? Report ke MCMC pun tarak guna pun. Walatok, walargon walaun & untit KHAWARIJ TETAP TERLEPAS SCOT FREE kalau memfitnah, caci cerca, maki hamun dan tuduh liwat pd PMX. Nothing happened klau report pun. U expect us to believe this? Come on...


3) Sebab YDPA tegur ke? OK. 𝗞𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗕𝗘𝗡𝗘𝗙𝗜𝗧 𝗼𝗳 𝗧𝗛𝗘 𝗗𝗢𝗨𝗕𝗧, betul ke MCMC akan ambil tindakan sehingga polis boleh tangkap, siasat dan dakwa puak2 kaki fitnah tu?? SO far setakat MCMC panggil bagi keterangan dan lepas. Puak tu bermaharaGILA do mencerca, maki hamun, menganjing dan menghasut. Malah ada yg mengugut secara SINIS dan berkias.


4) Fahmi, jangan jadi 𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞. Kami nak "𝗔𝗖𝗧𝗜𝗢𝗡". Biar ada 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 yg kena panggil atau kena tangkap atau kena tahan, disiasat dan disakwa terlebih dahulu BARULAH KAMI PERCAYA. Setakat sembang atau NATO, mintak maaflah.


5) Dah banyak kali kami terkena, selama ni 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗱𝗼𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽 𝗠𝗲𝗻𝗞𝗼𝗺, 𝗠𝗖𝗠𝗖, 𝗠𝗗𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀 tapi sungguh menghampakan. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗱𝗼𝗸 𝗲𝗷𝗲𝗸𝟮 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 " 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣"?? Sampai begitu sekali mereka yakin yg mereka TIDAK akan diambil tindakan meskipun menyebarkan FITNAH, melakukan jenayah QAZAF, mencerca, memaki hamun, menghina PMX, menyebarkan isu 3R, perkauman sempit dan Kebencian Agama SETIAP HARI 24-7.


6) Pada saya, JIKA MenKom memg serious nak ambil tindakan, tahun lepas lagi bila penyokong PH termasuk saya dok komplen dan tunjuk bukti Screenshot komen2 puak KHAWARIJ ni, masa tu tindakan tegas dah diambil. Rujuk compilation saya buat dlm artikel, posting saya SIRI lepas : 𝗘𝗞𝗦𝗧𝗥𝗜𝗠, 𝗥𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗟, 𝗦𝗬𝗔𝗗𝗜𝗗 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪 #𝟴 : 𝗣𝗨𝗔𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗣𝗢𝗤 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗨 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗞𝗨??


7) Setakat MenKom buat kenyataan "gempak" puak KHAWARIJ bukan heran pun. Sebab tu saya 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 "𝗔𝗖𝗧𝗜𝗢𝗡" 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗞𝗼𝗺, 𝗠𝗖𝗠𝗖, 𝗠𝗗𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝘁𝘂 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗔𝗛𝗨𝗟𝗨 sebelum percaya dengan kenyataan Fahmi Fadzil ni.


SERIK.


-Zus Din 

16072024

***********

Komen dalam aplikasi sembang akan turut diambil tindakan - Fahmi

Oleh BERNAMA - Julai 15, 2024 @ 8:07pm


PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melontarkan komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem menerusi platform media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.


Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini, beliau turut mendedahkan terdapat penyebaran kenyataan tidak bermoral dan bersifat jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Dalam sehari dua ini.. di Amerika Syarikat ada percubaan pembunuhan terhadap mantan presiden Donald Trump… saya kesal kerana tersebar dalam WhatsApp kenyataan yang sangat tidak bermoral dan bersifat jenayah


"Ada kata yang patut ditembak bukan hanya di sana, (mereka) beri bayangan threat of violence. Ugutan jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap perdana menteri. Berbeza pandangan tidak apa, tetapi jangan terlalu ekstrem, ini keterlaluan," katanya.


Sementara itu Fahmi berkata, beliau akan bertemu ketua-ketua editor dalam masa terdekat susulan komen bersifat ekstrem ditulis dalam berita yang dimuat naik di platform media sosial masing-masing.


"Saya bawa beberapa pandangan tegas dan keras kerana saya junjung titah (Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim) dan Kabinet juga diarah ambil tindakan tegas untuk jaga ketenteraman awam termasuk di media sosial," katanya.


Sebelum ini Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.


Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.


Selain itu Fahmi berkata, kewujudan akaun palsu di pelbagai platform media sosial ketika ini amat membimbangkan, kerana ia akan memberi kesan kepada ketenteraman dalam masyarakat.


"...yang paling menakutkan, ada rakyat Malaysia beranggapan mereka boleh berkelakuan ikut suka hati dan berselindung di sebalik akaun palsu ini. Ia berbahaya dan bahana yang boleh merosakkan ketenteraman dalam masyarakat," katanya.


Beliau berkata, penelitian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam TikTok Live Sinar Harian dan Astro Awani membawa kepada penemuan 18 akaun yang didapati memuat naik komen melanggar undang-undang, dan 12 daripadanya dikenal pasti bersifat 'fake account'.


"Saya minta MCMC ambil tindakan tegas dan segera - berhubung dengan Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk teliti perkara ini. Saya rasa telah tiba masanya masalah fake account diurus dengan lebih tertib," katanya.


Fahmi turut meminta pengendali platform media sosial mengambil tanggungjawab lebih besar dalam membendung buli siber, iklan judi dalam talian dan komen jelik.


"Kita mahu platform media sosial ambil tanggungjawab lebih besar termasuk sekiranya kejadian itu libatkan buli siber menjurus ke arah kematian bunuh diri, kecederaan, kerosakan dan sebagainya. Platform ini tidak bolehleh cuci tangan. (Ini termasuk) masalah iklan judi dalam talian yang bertebaran dalam platform seperti Facebook," katanya.


Beliau turut meminta ibu bapa untuk memastikan anak di bawah usia 13 tahun tidak membuka akaun media sosial sendiri kerana ada kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh golongan itu.


"Tidak jadi masalah sekiranya anak tonton content media social daripada akaun kita (ibu bapa) tetapi pastikan content yang mereka tonton bersesuaian dengan umur mereka," katanya. – BERNAMA


News link : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1271782/komen-dalam-aplikasi-sembang-akan-turut-diambil-tindakan-fahmi