MSO
Katanya inilah anak muda yang akan dipertaruhkan oleh UMNO Kelantan untuk merampas kerusi Nenggeri dalam pilihan raya kecil nanti sdr Azmawi Fikri.
Dia adalah pemuda Umno bahagian Gua Musang yang juga Ketua pemuda Umno Kelantan.
Saya tak kenal beliau secara peribadi dan baru pertama kali dengar dia berucap di perhimpunan Umno bahagian Gua Musang yang di uploadkan dalam medsosnya.
Jeritan dan nada suaranya boleh tahan dan bersemangat. Sekiranya dalam pirake nanti dia dicalon dan berjaya menjadi Adun dia akan bawa era baru Umno Kelantan yang akan jadi pelopor kepada Umno untuk terus membela nasib rakyat dan negeri Kelantan.
Sebelum ini Syahbuddin Hashim menjadi penawar kepada Umno Kelantan bila mana dia satu-satu wakil Umno di Dun Kelantan bagi kerusi Galas. Jika anak muda ini menang dia akan menjadi regu hebat bersama Syahbudih untuk bangkitkan semula kegemilangan Umno Kelantan.
Kejayaannya nanti tentu menggembirakan ketuanya Tengku Razalieigh Hamzah kerana semuanya akan bermula di Gua Musang. Tengku sudah pasti berpuasa hati dan merasakan dia sudah ada pengganti yang mampan. Biarlah pemulihan Umno bermula di hulu. Trims.