Fakta KAAN : Enjin TEI & GE F110-129E Serta Tawaran Kepada Malaysia



AI KAAN TFX (MMU) "Milli Muharip Uçak" Sebelum itu sebagai perkongsian fakta, KAAN dibina berteraskan 5th Gen dengan keupayaan "Stealth multirole/air superiority fighter", ia bukan dibina secara gen 4.5 tetapi Gen ke 5. Desas desus Engine KAAN, sebenarnya bagaimana ? Begini... Syarikat TAI merupakan pengeluar dan kontraktor utama serta pemegang "design authority" bagi pesawat tempur Gen 5 TAI TF-X Kaan dan bukannya syarikat BAE Systems. Manakala jika enjin TEI (Tusas Engine Industries) berjaya dibangunkan, maka hakcipta, pengeluaran dan pemegang lesen eksport enjin tersebut juga adalah milik Turkiye. Enjin TEI ini bukan hasil kerjasama dengan syarikat Rolls-Royce UK kerana terdapat masalah lesen pengeluaran enjin. Turkiye dilihat lebih terbuka untuk berkongsi teknologi berbanding dengan negara lain. Jika melihat apa terjadi kepada Indonesia yang menyertai projek KAI KF-21 Boramae. Malaysia sebenarnya bukan hendak melakukan pengeluaran pesawat pejuang, cuma hendak memastikan operasi pesawat yang tidak terganggu dan bekalan alat ganti terjamin, Kemudahan MRO pesawat serta pengeluaran alat ganti secara tempatan harus disediakan menerusi permindahan teknologi (ToT) dari pengeluar kepada syarikat tempatan yang berkelayakan seperti AIROD atau ATSC dan syarikat lain yang layak.