PN boleh menang jika PAS jadi calon



Bukan lagi rahsia, MB Samsuri sebagai salah seorang strategis PAS, mahukan PAS mewakili PN untuk bertanding di KKB. 



Peluang PAS untuk menang lebih cerah, malah gelombang hijau boleh diteruskan di KKB. Rasa undi berpahala itu pada PAS, bukan Bersatu.


Penjawat awam dan anggota keselamatan terbukti menyokong PAS dalam PRU dan PRN lepas.


Tapi entah bagaimana Takii lebih bersetuju untuk serahkan kepada Bersatu. 


Azmin dan Takii ada game tersendiri untuk menguasai dan mempengaruhi keputusan PN. Mereka ada agenda peribadi.


 Dalam soal penukaran MB Perlis, mereka kelihatan senada.


Akhirnya keputusan untuk letakkan calon mewakili PN berjaya dipengaruhi oleh Azmin-Takii.


Tapi ternyata. Sebenarnya Bersatu sendiri tidak cukup bersedia. Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor dipilih jadi calon. Kononnya anak tempatan. Walhal terpalit dengan pelbagai isu, termasuk hutang ahlong dan profil yang meragukan.


Berani lagi DAP yang import calon luar daerah, tapi ada karisma. DAP hantar wakil rakyat yang boleh bekerja.


Kegopohan Azmin untuk mencapai agenda peribadi dalam Bersatu khususnya dan PN amnya serta kebodohan Takii yang menurut Azmin telah merugikan PAS.


Jentera PAS bukan sahaja dipergunakan oleh Bersatu dalam PRK ini, tapi imej PAS juga tercalar dengan laporan palsu kononnya PN akan menang PRK kali ini.


Hadi Awang yang uzur terpaksa diheret untuk memberi semangat suntikan kempen. Namun akibat salah memilih calon dan sarat dengan agenda peribadi Azmin-Takii, Akhirnya segala usaha PAS adalah sia-sia.


Cerdik lagi  Tun Mahathir yang awal-awal menjarakkan diri dari PRK ini.


Sampai bila PAS mahu menjadi lembu suruhan Bersatu, yang dicucuk hidung dan diperah susunya.


Walau pegang paling banyak kerusi,  PAS tidak menjadi ketua pembangkang. Ini tidak berlaku di zaman BA dan PR.


Hadi Awang dan Ustaz Fadhil Nor pernah memegang jawatan Ketua Pembangkang, waktu itu PAS 27 kerusi.


Tapi  di zaman PN walaupun kerusi PAS jauh lebih besar, iaitu 43 kerusi, PAS hanya jadi lembu dicucuk hidung, jawatanKetuaPembangkang diberikan pimpinan Bersatu. 


Walhal jelas kerusi PAS sangat besar, malah lebih besar dari PKR dan UMNO. 


PAS akan terus mengalami kekalahan jika terus mengikut telunjuk Bersatu. Rakyat yang dulu mula sokong PAS atas dasar Islam, kini mula jauhkan diri sebab Bersatu. 


PAS akan terus dipergunakan selagi bersama Bersatu. Dan Azmin akan terus menggunakan PAS dan beliau sangat mahir akan bab itu. 


Lebih-lebih lagi beliau telah menanam jasa sejak dari menjadi MB Selangor lagi. Cuba lihat pimpinan PAS Selangor khususnya, mereka adalah pemakan dedak Azmin.


Soalnya, sampai bila PAS mahu menjadi khadam? Dan sampai bila Takii dibiarkan membuat keputusan yang merugikan PAS?