Alhamdulillah selamat mendarat di Doha, Qatar untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.
Ketibaan saya disambut oleh Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.
Sepanjang lawatan rasmi ini juga, saya akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar disamping meluncurkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha.
Saya juga dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan di sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar.
Moga lawatan kerja ini membuahkan hasil yang lumayan untuk negara dan rakyat. Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI