CHEGUBAD WARIS PAKAR MENGHASUT DAN MEMFITNAH! AKHIRNYA TAJUDIN BAYAR KOS...



Selepas 55 tahun peristiwa hitam 13 Mei 1969, masih terdapat individu berfikiran sempit seperti Badrul Hisham Shaharin yang memainkan isu perkauman untuk menghasut rakyat terhadap kerajaan, kata Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung. Katanya, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard menabur fitnah bahawa Islam telah tergugat ketika mengulas majlis peringatan mangsa tragedi 13 Mei baru-baru ini. "Chegubard adalah mantan Keadilan dan dulu bukan seorang yang bersikap perkauman sempit. "Namun selepas masuk ke dalam PN, semua perkara menjadi tidak betul bagi Chegubard, malah sering dipesongkan fakta dan sejarah untuk matlamat mendapat perhatian umum," kata Lee dalam satu kenyataaan. ================================================================================ Meskipun akur pada keputusan Mahkamah Rayuan, Tajuddin Abdul Rahman berasa terkilan dengan ketetapan hakim yang mengarahkannya membayar kos guaman sebanyak RM60,000 kepada Khalid Samad. Tajuddin yang merupakan bekas ahli parlimen Pasir Salak berkata, itulah punca mengapa dia lewat membuat bayaran kepada Pengarah Komunikasi Amanah berkenaan. Kata Tajuddin, mahkamah menolak saman fitnah dikemukannya kepada Khalid dengan tiada hukuman dijatuhkan terhadap mana-mana pihak. "Saman fitnah (saya) ditolak dan kedua belah pihak tidak dijatuhkan hukuman siapa yang bersalah.



No comments: