PMX DIBERI PENGHARGAAN BERUCAP DI NEKKEI




 Pagi ini diberi penghargaan oleh pihak Nikkei sebagai pemimpin pertama untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2024.


Saya tegaskan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat.


Saya tekankan bahawa perdagangan, pelaburan dan teknologi kini sering digunakan sebagai senjata dalam persaingan antara kuasa dunia, dan ia secara tidak langsung menjejaskan negara-negara membangun.


Maka, sebagai persiapan untuk mengambilalih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia beriltizam untuk memperkuatkan kerjasama ekonomi serantau dan mengurangkan perbezaan dalam negara-negara ASEAN.


Saya juga menggariskan usaha diambil Malaysia ialah memanfaatkan aliran masuk pelaburan langsung asing dan kepelbagaian rantaian bekalan global untuk pembangunan yang lebih seimbang.


Turut saya tekankan adalah kepentingan solidariti dan kerjasama di kalangan negara-negara Asia untuk mencapai masa depan yang aman, stabil dan makmur.


Malaysia bertekad untuk terus menjadi peneraju dalam ekonomi serantau dan global, memanfaatkan kekuatan kerjasama dan inovasi untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan terutamanya perubahan ekonomi, teknologi, dan geopolitik yang pesat.


#MalaysiaMADANI