Hebat Pas Tumpat sanjung barang lupus dalam politik Umno Annuar Musa sampai merai haji jadinya, siap belah kek. Yang turut rai Ahmad Yakob dan ketua Pas Tumpat. Tidak dipasti Annuar turun ke Tumpat dalam rangka apa.
Dalam majlis itu iuga terdengar Annuar syarah Pas satu-satunya parti tidak ada idealogi berbanding parti lain. Annuar nak tunjuk jubur yang konon pandangannya hebat dan futuristik, dengan cuba meletakkan perjuangan Pas berdadasarkan wahyu Allah.
Orang Pas, khususnya Ahmad Yakob jangan mudah terpancing dan terpesona dengan kelicitan Annuar Musa ini. Baru tahun ini, setelah berdekad main politik baru dia nak puji dan kata Pas parti terbaik. Kalau dia masih dalam Umno "tobat lilah" buh karak jjubur pun dia tak kata begitu. Dia akan caci dan cincang hancur Pas. Jadi sejauh mana keikhlasannya dapat dinilai. Sejarah dah ada. Dia mengubah segala kata-katanya apabila sudah dibuang dari Umno. Barang dah dibuang tidak ada faedah Pas dikutip dan hias.
Harap Nassaruddin Daud tidak ikut tergoda dengan silat gayung Annuar Musa ni. Segala dosa dosanya tak hilang setakat tubuhnya diselimut bendera Pas. Bunyi khabar dia nak cuba tackle jawatan penting dalam kerajaan Kelantan.
Agenda peribadinya tidak pernah tamat walaupun dimana dia berada. Harap hati hati dan beringat anjing tak pernah lupa kepada tahi, walaupun dia tak makan tetapi dihidu juga. Pas dah ada banyak tok guru, takkan nak dengar mualaf. Annuar adalah mualaf Pas.
Dan sebaiknya untuk pasti segala anasir jahat ini tak ceroboh masuk ke dalam Pas, orang Pas tidak mudah teruja dengan syarahan mualaf ini, elok Ahmad Yakob lepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan kepada Nassaruddin, lagi pun jawatan itu sesuai dengan kedudukannya sebagai MB. Dengan jawatan itu baru Nassaruddin tidak kekok untuk uruskan parti.
Dengan apa yang ditunjukkan MB itu ke belakangan ini nampak dia lebih matang, dan berpandangan jauh serta ikhlas demi untuk kemajuan Kelantan.
Bagi Pas lebih baik mereka dekati Anwar Ibrahim daripada mempercayai Annuar Musa. Cuba tilik dan hitung siapa lebih berdosa untuk negeri Kelantan, Anwar Ibrahim ke atau Annuar Musa. Siapa lebih menguntungkan rakyat dan negeri, Anwar Ibrahim ke Annuar Musa? Trims.