MSO...
Berak Lebih Mudah Dari Berketut
Tok Dor dah berkokok mungkin sihat molek dah. Kali ini dia kritik negara yang sokong penyelesaian kemelut di Gaza yang mahu rakyat Palestine tinggal Gaza.
Penyelesaian itu katanya menguntungkan Israel. Partinya lebih berprinsip mahukan rakyat Palestin kekal di Gaza dan menolak penyelesaian dengan cara membahagikan wilayah.
Dia juga tuduh negara negara itu termasuk Malaysia menerima kaedah penyelesaian itu sebagai menuruti kehendak zionis Israel.
Kalau benar Pas ada prinsip apakah peranan Pas dalam menyelamatkan rakyat Palestin. Tok Dor kemukalah solusi atau lebih afdal tubuh tentera sendiri dan hantar ke Gaza. Masa jadi Duta Timur Tengah duku apa peranan signifikan Tok Dor untuk Palestin. Saya nak mohon juga jadi tentera pembela.
Pembelaan Pas tidak berbaloi dengan mengibarkan bendera Palestin di sawah padi dan tepi laut. Kadang berak lebih mudah dari berketut Tok Dor.Hushhhh. Trims.