10 TERKORBAN DALAM NAHAS 2 HELIKOPTER TLDM DI LUMUT






23.4.2024: JBPM Negeri Perak dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi membabitkan kemalangan helikopter yang berlaku di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.


Menurut laporan Komander Operasi Kanan, TPgB II Suhaimy bin Mohd Suhail, pasukan Bomba daripada 2 buah balai berhampiran iaitu BBP Seri Manjung dan BBP Sitiawan telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan utiliti Toyota Hilux sebaik dihubungi.


Dalam kejadian itu, terdapat 2 buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa. 


Kedua-dua helikopter ini telah bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan. Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.


Kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai.


Balai Bomba Sitiawan 

Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Manjung 

Bomba Perak Official


No comments: