KENAPA GOODYEAR TUTUP KILANG KAT MALAYSIA? Ini jawapannya.







Adrian Lim Chee An


Pada bulan Mei 2023, Elliot Investment yg merupakan pemegang saham terbesar Goodyear telah menulis surat terbuka mengkritik management Goodyear.


Surat tersebut bertajuk "Calls for Enhanced Leadership & Oversight, Monetization of Retail Stores and Operational Review".


Elliot bukan syarikat pelabur calang-calang. Selain mempunyai jumlah pelaburan melebihi RM250 bil di pelbagai sektor, mereka juga mempunyai sejarah meletak orang mereka di lembaga-lembaga pengarah syarikat-syarikat terkemuka seperti eBay dan Twitter.


Dalam kritikan terbuka tersebut, Elliot mengkritik beberapa perkara.

1. Kemerosotan nilai saham Goodyear sebanyak 90% sejak 5 tahun lalu

2. Kemerosotan nilai saham Goodyear sebanyak 143% sejak 10 tahun lalu

3. Ketidakupayaan Goodyear bersaing dengan Bridgestone dan Michelin


Ini bukan kritikan dalaman tetapi kritikan umum pemegang saham terbesar Goodyear terhadap management dan CEO Goodyear.


Ekoran kritikan tersebut, management Goodyear telah mengumum dan memulakan langkah-langkah penstrukturan semula untuk menaikkan keuntungan Goodyear seterusnya menaikkan semula nilai saham Goodyear.


Penstrukturan semula dalam bahasa mudah, ialah mengurangkan kos operasi.


Selain menukar CEO, antara langkah-langkah penstrukturan semula yang dibuat untuk mengurangkan kos seterusnya meningkatkan keuntungan Goodyear dan meningkatkan nilai saham Goodyear adalah seperti berikut:


Julai 2023: Goodyear melantik 3 ahli lembaga pengarah baharu yang dicadang oleh Elliot


September 2023: Menutup beberapa kilang di Eropah, Timur Tengah dan Afrika

• 1,200 pekerjaan ditamatkan


September 2023: Menutup beberapa kilang di Asia Pasifik

• 700 pekerjaan ditamatkan


November 2023: Menutup beberapa kilang di Jerman

• 1,750 pekerjaan ditamatkan


Mac 2024: Menutup kilang di Malaysia

• 500 pekerjaan ditamatkan


Kesimpulannya, penutupan kilang Goodyear di Malaysia bukannya sebab ekonomi Malaysia teruk, tetapi kerana penstrukturan semula di peringkat global yang dibuat oleh Goodyear demi manfaat dan keuntungan pemegang saham-sahamnya.


Dalam memo dalaman penutupan Goodyear di Malaysia, dinyatakan juga dua perkara dalam ayat lunak tentang sebabnya penutupan kilang Goodyear di Malaysia.


1. Membawa keuntungan kepada pemegang saham

2. Menjimat kos sekitar $1 bil (RM4.75 bil) menjelang tahun 2025


Siapakah pemegang saham yang mahu dibantu oleh Goodyear?


$1bil yang dijimat ini masuk poket siapa kalau bukan para pemegang sahamnya?