Langkah Dubai dicetuskan menentang perang lawan rasuah PM


 

Langkah Dubai untuk menumbangkan Kerajaan Madani yang diperkatakan sejak 10 hari lalu didakwa dicetuskan oleh beberapa kerat golongan oligarki yang selama ini menguasai ekonomi negara bagi menghentikan perang melawang rasuah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman, perancangan tersebut jelas dilihat berlaku selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Menara Ilham di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan Disember tahun lalu.



"Saya melihat Langkah Dubai ini tercetus khususnya apabila Kerajaan Madani hari ini benar benar berusaha untuk bertarung dengan kelompok perasuah

"Dengan tercetusnya "Langkah Ilham" maka tercetuslah Langkah Dubai.



"Mereka provok GPS dan GRS dan mula cuba membeli Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak. Yang mana mereka dulu pernah bantu, mereka ugut dan janjikan pelbagai," katanya.



Sehubungan itu, Zulkifli bersetuju dengan sebarang langkah diambil kerajaan membabitkan pihak keselamatan untuk menyiasat Langkah Dubai tersebut.



Katanya, golongan maha kaya yang terdesak apabila SPRM mula menyiasat bukti yang didedahkan melalui Pandora Papers mungkin akan merancang pelbagai usaha untuk menggantikan kerajaan bagi menyelamatkan diri mereka.