TUN DAIM TAK DIAM- ELOK LAH YANG BERBAYAR TRY HARD TO DEFEND KERAJAAN MADANI NI

 

TUN DAIM TIDAK DIAM - SAYA AKAN BERTINDAK SEWAJARNYA DALAM MASA TERDEKAT INI 


Berikut adalah kenyataan media Tun Daim Zainuddin yang diterjemahkan daripada versi asal Bahasa Inggeris berkaitan siasatan dan penyitaan Menara Ilham miliknya oleh SPRM, minggu lalu.


Saya merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengenai siasatan yang dikatakan terhadap diri saya dan ahli keluarga saya.


Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang perbuatan rasuah atau salah laku dalam apa jua bentuk oleh saya atau keluarga saya. Siasatan ini tidak lain merupakan penganiayaan politik (political witch-hunt) yang menyasarkan kami.


Sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan tentang kesalahan yang didakwa saya telah lakukan walaupun saya telah berulang kali bertanya secara bertulis kepada SPRM. 


Saya boleh mendedahkan bahawa kami menerima surat yang ditandatangani oleh Azam Baki sendiri yang menolak secara langsung untuk memberitahu saya apa kesalahannya. Namun, terdapat usaha terancang untuk memburukkan saya dengan mengeluarkan maklumat salah dan sindiran tidak berasas terhadap saya.


Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim atas sebab-sebab yang paling diketahuinya sendiri menganggap saya sebagai ancaman politik dan musuh yang mesti dihina.


Adalah sia-sia dan tidak jujur baginya untuk menafikan perkara ini. Ia juga merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa di bawah Akta SPRM 2009, Ketua Pesuruhjaya bergantung kepada perdana menteri untuk pelantikan atau lanjutan tempoh perkhidmatan.


Kecaman terbaru Anwar terhadap saya pada 22.12.2023, mangatakan “dia rahsia umum, seorang yang menggondol kekayaan begitu besar“, adalah satu sindiran melulu dan tidak berasas bahawa saya bersalah atas beberapa kesalahan yang tidak dinyatakan. Ini cukup menunjukkan kebenciannya terhadap saya. 


Ia juga amat tidak wajar dan menyalahgunakan kuasa bagi seorang perdana menteri untuk campur tangan atau mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan dengan membuat sindiran terang-terangan tentang rasa bersalah secara terbuka. 


Saya telah berunding dengan peguam saya mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat.


Berkenaan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, dia telah membuat pelbagai komen prejudis terhadap saya di khalayak ramai sementara siasatan masih dijalankan.


Ia suatu yang tidak boleh diterima, tidak profesional dan mencurigakan.


Sebagai ketua organisasi, Azam Baki juga mesti bertanggungjawab atas banyak kebocoran berita “sumber” mengenai penyiasatan yang dikatakan. Apa yang dipanggil “sumber” ini hanya boleh datang dari dalam SPRM kerana ia bertujuan untuk mendedahkan butiran siasatan tersebut. 


Tujuan kebocoran itu jelas adalah untuk mewajarkan tindakan melampau mereka terhadap saya dan untuk menggambarkan diri saya sebagai seorang yang korup dan pesalah. Tidak diberitahu tentang kesalahan terhadap saya, saya tidak dalam kedudukan untuk menjawabnya atau membela diri.


Saya telah, sejak awal penyiasatan ini, memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan kerap berkomunikasi dengan mereka melalui peguam saya. Oleh itu, adalah kesalahan nyata bagi “sumber” SPRM untuk mendakwa bahawa saya tidak membuat pendedahan yang betul mengenai butiran kewangan yang dituntut oleh SPRM. 


Saya mengulangi bahawa semua yang diminta secara bertulis oleh SPRM telah didedahkan dan mengikut undang-undang.


Sebagai bekas anggota kanan kerajaan dan kerana menghormati proses penyiasatan, saya berdiam diri sehingga kini. 


Bagaimanapun, perdana menteri dan SPRM tidak menunjukkan rasa hormat yang sama terhadap proses itu dengan komen dan kenyataan mereka yang tidak wajar yang berterusan menyebabkan saya tiada pilihan selain bertindak balas demi menjaga reputasi dan nama baik saya.


Tetapi bukan itu sahaja yang membimbangkan saya. Saya amat mengambil berat tentang keadilan dan integriti institusi kita. Institusi mesti dilindungi demi kepentingan negara. 


Ia adalah demi kepentingan awam tertinggi bahawa proses penyiasatan dan pendakwaan tidak dicemari dan dijatuhkan oleh keadaan berat sebelah, tidak adil atau bermotifkan politik. Ini akan menjejaskan setiap rakyat Malaysia.


Dalam mengenang sumpah jawatan yang diikrarkan oleh mereka berdua, Anwar Ibrahim dan Azam Baki mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan proses yang sewajarnya serta bertindak dengan sewajarnya.


Tun Daim Zainuddin


https://shahbudindotcom.net/2023/12/28/tun-daim-saya-akan-bertindak-sewajarnya-dalam-masa-terdekat-ini.html