RISIKO MOTOR BESAR BERKUASA R

 

Zainuddin Omar



Saya mempunyai seorang rakan peminat motosikal kuasa besar. 


Beliau menubuhkan satu grup kembara motosikal besar dengan 10 rakan dan selalu buat trip ke Thailand. 


Bila saya tanya dia baru-baru ini berkenaan grup tersebut, hanya tinggal 5 orang sahaja. 5 lagi telah meninggal dunia akibat accident dalam masa 10 tahun. 


Motor besar memang ramai peminatnya tetapi risikonya pun besar. 


Anda cuai anda kena dan orang lain cuai anda pun kena. 


Melakukan satu kesilapan ketika menunggang 'is unforgiven'. 


***************

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 63 Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati di sini pada Isnin.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, Mohd Khairil Anuwar Mustakim, 40, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar manakala Norlilawati Mohd Shah, 40, patah buku lali kiri.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis BMW GS dari arah Gerik ke Kuala Kangsar.


Menurutnya, sampai di tempat kejadian, datang sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan membelok ke kanan laluan motosikal berkenaan.


"Penunggang motosikal cuba mengelak ke kiri, namun gagal menyebabkan pelanggaran berlaku.


"Akibat pelanggaran itu, motosikal terbabit terjatuh dan terseret ke tepi jalan sebelum masuk ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Beliau berkata, pasangan suami isteri tersebut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, namun polis menerima makluman bahawa lelaki terbabit telah meninggal dunia pada jam 7.30 malam.


Katanya, pemandu kereta berusia 65 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 42 tahun mengalami luka pada bahagian lutut dan kepala.


"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu kereta ketika masuk simpang.