Rafizi Ramli
Dasar gaji yang pernah dilaksanakan sebelum ini berjaya menyelesaikan salah satu keperluan pekerja, iaitu satu lantai gaji untuk mengelakkan manipulasi (yang dilaksanakan melalui Perintah Gaji Minimum). Walau bagaimana pun, ada satu lagi isu yang perlu ditangani segera iaitu isu gaji rendah dan mendatar.
Dasar Gaji Progresif memberikan kelainan dengan merangkumi ketiga-tiga ciri iaitu bersifat sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti berbanding dasar-dasar sebelum ini yang tidak merangkumi kesemua ciri tersebut.
Hal ini diyakini membolehkan Dasar Gaji Progresif menjadi pelengkap kepada dasar-dasar sedia ada untuk meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.