ZAMAN MAHATHIR DULU HADI AWANG MACAM NI JUGA..ATOK BUAT TAK TAU SAJA. INI PUN DIA NAK CAKAP APA..LANTAK PI KE DIA..WALAU JA PERCAYA..TU PUN BUKAN SEMUA. DIA PUN TUA DAN NYANYUK DAH.

 





Kecoh cerita tentang tulisan terbaharu Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam kolum Minda Presiden PAS. Aku baca dan dapati terdapat banyak tuduhan jahat yang tak berasas dilemparkan.


Pertama, Hadi tuduh kerajaan menyekat peruntukan kepada negeri pembangkang dan menyamakannya seperti hasutan golongan munafik kepada kaum Ansar agar tidak membantu kaum Muhajirin.


Tuduhan ini jauh sama sekali menyimpang. Tidak ada sekatan kewangan kepada negeri pembangkang pun. Bahkan peruntukan buat negeri pembangkang adalah lebih tinggi daripada negeri lain dalam belanjawan yang baru dibentangkan.


Yang tidak diberikan hanyalah peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang. Tapi ia tak wajib. Dan bukan tak beri langsung. Kalau nak, datang berbincang. Isi perbincangan boleh ditetapkan bersama. Tidak ada syarat mesti sokong kerajaan pun. Tapi pembangkang ego. Enggan berbincang. Itu puncanya.


Pembohongan kedua tentang penubuhan kerajaan. Hadi samakan dengan Palestin dengan mengatakan PLO diberikan hak mentadbir sedangkan Hamas yang dapat majoriti dengan Kerajaan Perpaduan.


Hadi kata PAS menang paling banyak kerusi tapi parti Keadilan yang menang kurang daripada PAS dapat jadi PM. Masalahnya, Keadilan tak masuk PRU. DS Anwar bertanding atas tiket Pakatan Harapan.


Dalam PRU lepas, PH menang paling banyak kerusi. Itu pun tak cukup nak bentuk kerajaan. Terpaksa pula bekerjasama dengan parti-parti lain. Ditawarkan juga kepada PN tapi PN bongkak menolak.


Lagipun menurut perlembagaan, YDP Agong berhak melantik mana-mana MP yang diyakini dapat paling banyak sokongan dari MP yang lain. Tak disebut pun mesti dari parti yang paling banyak kerusi.


Kalau YDP Agong nak lantik Shafie Apdal jadi PM pun boleh asalkan Shafie Apdal dapat buktikan yang dia dapat sokongan majoriti walaupun Warisan cuma ada kerusi yang sedikit. Hadi tak faham ke? Parah la kalau Presiden parti pun tak faham hal ni.


Masa PAS dalam kerajaan dulu, Mahiaddin bukanlah dari parti yang paling banyak kerusi. Ismail Sabri pun sama. Tapi masa tu tak pula dia nak samakan dengan Israel kan? Tiba-tiba sekarang baru ungkit?


Dan kalau Keadilan itu PLO, siapa pula yang Hadi nak katakan Israel yang beri kuasa kepada PLO tu? PMX dilantik oleh YDP Agong. Adakah Hadi nak samakan YDP Agong dengan Israel?


Yang ketiga, Hadi tuduh PH sekongkol dengan musuh Islam. Dipetik ayat Quran yang melarang berkawan dengan orang yang memerangi Islam. Adakah Hadi tujukan kepada DAP? BIla DAP perangi Islam?


Kalau nak kata memusuhi Islam, lebih nampak pada Gerakan. Mereka cuba halang apa saja yang kerajaan nak buat untuk perkasakan Islam. Termasuklah hudud dan RUU355 yang PAS nak buat dulu.


Sedangkan dengan DAP dalam kerajaan, peruntukan untuk Islam paling tinggi dalam sejarah. Bahkan di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP, peruntukan Islam lebih tinggi berbanding Kelantan yang PAS tadbir.


Sebenarnya Hadi ni dan PAS dah tersepit. Dah tak tahu nak pusing ikut mana. Kerajaan Madani pimpinan DS Anwar jelas lebih baik menguruskan agama Islam jika dibandingkan masa Mahiaddin dulu.


Apa lagi yang boleh dibuat? Terpaksalah pusing cerita dan berbohong serta merekacipta fitnah. Sedangkan fakta yang ada menunjukkan sebaliknya.


Semakin lama semakin hitam hati Hadi ni. Kita doakan semoga Allah berikan hidayah kepadanya dan semoga dia kembali kepada kebenaran. Kesian umur dah senja tapi masih bergelumang dengan fitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



No comments: