ZYAN RAYYAN



Sepanjang 2 hari ini, ramai kalangan ibubapa Malaysia gundah gulana. Berita kematian adik Zyan Rayyan meruntun jiwa. 


Walaupun, tiada kena mengena dan tiada pertalian saudara, adik Zyan Rayyan terasa seperti sangat dekat dengan kita. 


Berita beliau hilang, kemudian dijumpai baring sambil mengiring di tepi anak sungai dan akhirnya dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, kematiannya ada unsur bunuh dan khianat. Kita ikuti rapat. 


Saya turut sertai group komuniti Autisme Malaysia, ikuti perkembangan di sana. Selepas berita pembunuhan Zyan, macam2 posting teori konspirasi yang keluar. Ramai seperti menyalahkan ibunya. Tanpa mereka sedar ibunya ada dalam group itu juga. 


Apa perasaan anda, sudahlah baru kematian anak, terpaksa juga hadap prasangka netizen Malaysia? Apapun teori yang berlegar di minda, sebaiknya kita keep it to ourselves. Beri ruang untuk penyiasatan berjalan. 


Bagi ibubapa yang punyai anak syurga, akan tambah terkesan. Mengenang nasib anak sendiri, kalau kita tiada, siapa yang boleh jaga mereka nanti? Itu soalan standard yang kami tanya hari2. 


Damailah di sana anak syurga Zyan Rayyan. Kematianmu membangkitkan banyak jiwa yang leka. Banyak jiwa yang kadang lalai untuk bersyukur. Sesungguhnya anak itu, sama ada sempurna atau istimewa, adalah sebaik-baik harta. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki 


- Anak syurga saya, Dhean Harraz, 3 tahun.



No comments: