Jamzuri Ardani
Jaga stadium ni bukan mudah. Saya kenal kawan saya nie Yong Yoon Pin Nick yang pernah jaga stadium Melaka dulu.
Stadium ni kos maintenance sangat tinggi. Nak harap income dari permainan bola memang tak boleh cover. Satu cara untuk jana pendapatan ialah dengan penganjuran acara. Tanpa penganjuran acara yang sanggup bayar tinggi, kewangan stadium gawat.
Tapi risiko penganjuran acara juga tinggi. Rumput rosak. Tandas pecah. Macam-macam lagi masalah yang timbul.
Tukang kritik memang seronok. Boleh hentam kiri kanan. Belasah ikut suka. Tak perlu ambil tanggungjawab apa-apa?
Betul tak Nick Yong?