PMX DI MASJID WILAYAH

 












Meluangkan masa makan tengah hari di Medan Selera Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. Saya turut ditemani Bapak Mahfud Md, calon Wakil Presiden pada Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2024.


Usai menjamu selera, saya dan Bapak Mahfud bersama delegasi yang lain menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan. Khutbah disampaikan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Rozimi Zamri bertajuk ‘Cegah HIV dan AIDS Tanggungjawab Bersama’.


Khatib membangkitkan kebimbangan terkait perkembangan jangkitan HIV yang statik sejak 13 tahun lalu, antara lain disumbangkan oleh aktiviti hubungan seksual terlarang meskipun kemungkaran ini nyata ditegah keras Allah SWT.


Saya zahir pujian pada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengambil inisiatif menyediakan pusat perlindungan, perawatan dan pemulihan kepada orang Islam yang dijangkiti HIV/AIDS, dikenali sebagai ‘Ilaj Home.


Semoga usaha mulia ini memberi kebaikan berpanjangan buat umat.


#MalaysiaMADANI



No comments: