KARTEL "ASHABUL KAHFI" AYAM DI MALAYSIA KENA DENDA


Hafiz Kodiang



Inilah rangkaian kartel ayam yang selama ini menguasai bekalan ayam di Malaysia. Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti sekitar RM415.5 juta  kepada lima syarikat  iaitu Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup); FFM Berhad (FFM); Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin); Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dindings) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).


Setakat saya maklum, sudah ada syarikat Muslim yang berjaya menerobos pasaran bekalan ayam mentah dalam pelbagai peringkat rantaiannya. Namun satu persoalan ialah siapa yang membekalkan anak² ayam atau benihnya? Dari mana diperolehi?.. Setakat hari ini, pembekal anak ayam ini semuanya Cina dan tiada satu pun Bumiputera. Memang mereka kuasai sepenuhnya.


Usah diungkit zaman kerajaan mana yang membiarkan kartel² jahat ini berleluasa kerana  yang lebih penting ialah tindakan pantas untuk menjaga keterjaminan makanan domestik. Apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini dalam hal ini adalah suatu yang patut dipuji kerana membasmi kartel² ini merupakan suatu jihad ekonomi. 


5 kartel di atas antara "Ashabul Kahfi" yang mencaturi harga ayam. Ramai antara kita tidak menyedari kegiatan mereka yang bergerak secara diam². Agama kartel² inilah yang patut kita selidiki sejak awal. 


Kita bercakap tentang ekonomi umat Islam tetapi bahan² asas perniagaan semuanya dikuasai mereka.


Dr HK

23.12.2023



No comments: