PRU-14 tema nak jatuhkan Kerajaan ialah nak tumbangkan Penyamun dan Perompak. Sudah dibuat Kleptokrat masuk penjara.
Namun, kita tengok apa jadi selepasnya.
Zaman 22 bulan:
- Ada Bekas CM kena kes rasuah sebab terowong
- Ada Bekas Menteri kesnya sudah prima facie. Sebab masuk duit parti dalam akaun ASB.
Zaman 33 bulan lagi dasyat la.
Tika negara tiada duit, nak tanggung rakyat pun depa suruh pakai KWSP sendiri, ramai yang angkat bendera putih, ini yang terjadi:
- kes Jana Wibawa, 6 kes kesemuanya. Termasuk Bekas Perdana Menteri dan Ketua Penerangan parti didakwa di Mahkamah. Kroni Cina mereka pun terbabit sama. Konon nak bina lebuhraya, tapi duit negara masuk akaun parti mereka. Berjoli untuk pilihanraya.
- Anak Menantu ex-PM lari keluar Malaysia. Anak Ketua Pembangkang pula kena tangkap seleweng dan sorok minyak masak subsidi. Ingat masa tu, kita nak cari minyak masak peket pun setengah mati.
****************************
Dan yang terbaru, kita baru tahu semalam.
Peguam bekas PM, sekarang ada kes. Kes rembat duit 1MDB yang sepatutnya dipulangkan kepada Malaysia.
Kalau betul la, saya pun tak tahu nak cakap apa.
Apa jenis manusia yang merembat Wang Rompakan yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat.
Ceritanya, ex-PM lantik dia jadi lawyer untuk negara. Rundingkan pemulangan duit kita dari Amerika.
Dalam rundingan tu dia buat side deal pulak. Dapat komisyen dari belah sana. Patutlah nilai pulangan duit 1MDB rendah sahaja. 🤦🏻♀️
PRU14, we thought kita dah tumbangkan Penyamun Negara.
Rupanya set2 yang ganti mereka lagi buaya!!! 😡
Salam hormat,
Liyana Marzuki