INI LAGI KERAJAAN LEBAI GAGAL...DIA TAK CARI APA PUNG..,KAH..KAH..KAH

 

HANYA 17% HASIL NEGERI DICARI OLEH KERAJAAN PAS TERENGGANU TAHUN 2023, SELEBIHNYA 83% ADALAH DANA PETROLEUM/PUSAT. 






Kantoi Besar! MB Terengganu dan Harakahdaily akhirnya mendedahkan RM1.5 Billion jangkaan hasil Kerajaan Terengganu bagi tahun 2023 adalah dari sumber Dana Khas/Bayaran Tunai hasil Petroleum!


Merujuk kepada Buku Belanjawan Kerajaan Negeri Terengganu tahun 2023, daripada data yang dinyatakan dan petikan kenyataan Harakahdaily yang memetik kenyataan Menteri Besar Terengganu 3 Oktober 2023.


1. Buku Belanjawan Kerajaan Negeri Terengganu 2023 menyatakan anggaran hasil adalah RM1.81 Billion.


2. Menteri Besar Terengganu  pada Oktober 2023 dan Harakahdaily melaporkan: dana khas/Royalti hasil daripada pengeluaran petroleum yang Terengganu patut terima adalah RM1.5 Billion.


3. Bermakna hanya 17% sahaja yang dapat dicari dan dijana oleh Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, dalam RM309 juta. 


4. 83 peratus bersamaan RM1.5 Billion lagi sumber pendapatan Kerajaan Negeri Terengganu bergantung kepada hasil dana khas petroleum yang dibayar oleh Kerajaan Pusat setiap tahun. 


5. Tindakan Menteri Besar dan PAS Terengganu mempolitikan bayaran diterima baru RM405 juta setakat ini pada tahun 2023 adalah sangat terdesak. Sedangkan tahun 2023 masih berbaki 3 bulan lagi.


6. Harakahdaily akhirnya pada kali pertama sejak 2018, akhirnya mengakui bayaran yang dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu adalah ROYALTI. Terima kasih.


7. Waktu Pilihanraya PAS janji bulan dan bintang untuk dapat undi, Kerajaan Pusat yang bagi duit difitnah tidak bayar hasil Petroleum. Hingga rakyat percaya dan kekal memilih mereka pada PRU15 lalu.


8. Sedangkan hampir RM6 Billion duit telah diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu sejak 2018 - Okt 2023.


10. Apabila mereka menang PRU, goyang kaki dalam mentadbir Negeri, bila tiada duit minta kerajaan Pusat segerakan bayaran.


11. Jika masuk exam, 17% dikira GAGAL. 


12. Rakyat Negeri Terengganu dan Malaysia kena fikir balik untuk memberikan peluang dan kepercayaan kepada PAS dalam menjadi Wakil Rakyat dan mentadbir Negeri/pilih mereka jadi YB. 


13. Kerana kebanyakkan mereka adalah Tin Kosong! 


Syam Ghaz



No comments: