Asyraf umum BN berjaya pertahan Pelangai
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa BN mendahului pencabar dengan majoriti 2,949 undi.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan Barisan Nasional berjaya mempertahankan DUN Pelangai pada PRK kali ini.
Catatan beliau di Twitter setakat 8.13 malam tadi menulis calon Barisan Nasional, Amizar Abu Adam, mendahului dua pencabarnya dengan majoriti 2,949 undi.
Pada PRU15 lalu, BN mempertahankan DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.
Semua pusat mengundi ditutup pada 6 petang tadi, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan peratusan keluar mengundi mencapai 70%.