Mengakhiri lawatan kerja di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) , saya sempat mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia yang berada di sini.
Platform itu saya gunakan bagi menyampaikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pilihan pelabur termasuk dari UAE.
Sayugia, ini boleh menjana peluang ekonomi lebih baik untuk dimanfaatkan rakyat namun memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakannya tanpa mengira perbezaan latar belakang mahupun perbezaan pendapat.
Sewaktu sidang akhbar sebelum berangkat pulang, saya maklumkan bahawa lawatan ke UAE ini sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (AS$8.6 billion).
Kini terpulang kepada pimpinan kerajaan serta kementerian dan agensi terbabit untuk bertiwikrama menjadikannya realiti, intiha ia akan menguntungkan negara dan rakyat kita sendiri.
Sekalung penghargaan kepada ramai tokoh-tokoh penting di UAE yang mewakili sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan termasuk Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan beberapa menteri kanan selain pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) , MASDAR, dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE seperti Mubadala, Lulu Group International, Aldar dan ILC.
Tidak dilupakan kerja keras dari pihak MITI, MATRADE, Wisma Putra, Kedutaan, pemain industri Malaysia dan lain-lain lagi dalam menjayakan misi ini. Sampai jumpa lagi UAE!
#MalaysiaMADANI