CHE IBRAHIM
Ulama sepakat mengatakan qarinah boleh diterimapakai sebagai
satu keterangan bagi kes kes mal dan muaamalat. Namun ulama berselisih pendapat
penggunaan qarinah sebagai bukti bagi kes kes jenayah.
Dalam kes hudud dan qisas, ulama sepakat mengatakan qarinah tidak
boleh dijadikan bukti yang cukup untuk membuktikan satu perbuatan jenayah
kecuali bagi kes Zina. Maknanya bagi kesalahan kesalahan membunuh, minum arak,
qazaf, mencuri dll, qarinah tidak diterima pakai sebagai satu beban bukti.
Berbeza dgn kes zina, ada ulama yang menjadikan qarinah
mengandung tanpa suami adalah satu bukti yang cukup untuk mensabitkan tuduhan
zina kecuali tertuduh boleh menimbulkan keraguan yang menasabah dalam
pembelaannya.
Jika tertuduh didapati mengandung atau melahirkan anak, sedangkan
dia bukan seorang perempuan yang bersuami, maka pendakwa boleh menuduhnya
sebagai telah melakukan Zina. Tertuduh boleh membela diri dengan apa apa
pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan seperti dia dirogol semasa tidur yang
nyenyak, ada orang memasukkan air mani ke dalam kemaluannya atau seumpamanya.
Namun pembelaan dia mengandung kerana berzina dgn jin sebagai contoh, ianya
bukan satu pembelaan yang boleh menimbulkan keraguan, maknanya satu pembelaan
yang ditolak.
Begitu juga dalam isu qazaf, qarinah samasekali tidak diterima
sebagai satu pembelaan untuk melepaskan seseorang itu dari kesalahan qazaf
kecuali dia berjaya membuktikan dengan keterengan 4 saksi lelaki, bahkan
sabitan mahkamah itu sendiri bukan satu qarinah.