PEGUAM BAKAL DIDAKWA MENERIMA SOGOKAN UNTIK PENYELESAIAN KES GS DAN 1MDB

 



Muhyiddin lantik lawyer Rosli Dahlan untuk deal dengan Goldman Sachs dan bawa balik duit 1MDB.  


Rosli telah menafikan dakwaan menerima sogokan daripada penyelesaian RM16.63 bilion Goldman Sachs dengan 1MDB dan kerajaan berhubung peranan bank pelaburan itu dalam skandal 1MDB.


Harap jangan harapkan pegar tapi pegar makan padi. 


**************

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah mengesahkan siasatan berterusan terhadap seorang peguam yang terlibat dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan semula aset 1MDB.


Ketika dihubungi, Azam berkata peguam itu merupakan salah seorang daripada beberapa individu yang disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Haram 2001.

Azam tidak menamakan peguam yang sedang disiasat.


Malaysiakini sebelum ini memetik sumber yang mendedahkan bahawa 12 pegawai dari badan antirasuah itu telah melakukan serbuan terhadap firma guaman Rosli Dahlan Saravana (RDS) pagi tadi.


Sumber itu juga menegaskan Rosli Dahlan, yang juga rakan kongsi RDS, merupakan peguam utama Bersatu dan pengerusi PN, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.


Sumber itu mendakwa pegawai SPRM menuntut hak untuk menggeledah dan merampas dokumen firma itu dan sebelum ini, pegawai penguat kuasa juga cuba menyerbu pejabat undang-undang Chetan Jethwani & Co, yang juga mewakili Muhyiddin.


Dalam mengesahkan serbuan itu, Azam berkata SPRM menafikan kehadiran pegawainya ke premis peguam tersebut "menyalahi mana-mana akta yang berkuatkuasa."


"Kerana pihaknya mematuhi peraturan serta menyedari privasi antara peguam tersebut dan klien-kliennya," katanya.


Secara berasingan, sumber lain yang rapat dengan SPRM berkata peguam yang tidak dinamakan itu didakwa menerima sejumlah wang rasuah yang dikatakan telah dilaburkan dalam sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan tidak berlesen, dan telah dikenakan tindakan oleh Bank Negara pada 2021.


“Pegawai SPRM hadir di firma guaman hari ini untuk mendapatkan dokumen berhubung siasatan,” kata sumber itu.


Sumber itu berkata peguam terbabit sebelum ini dilantik oleh 1MDB untuk membantu mendapatkan semula aset yang dicuri.


Untuk rekod, pada 2021, Rosli telah menafikan dakwaan menerima sogokan daripada penyelesaian RM16.63 bilion Goldman Sachs dengan 1MDB dan kerajaan berhubung peranan bank pelaburan itu dalam skandal 1MDB.



No comments: