BIJAK.MAINAN WAK ZAHID

 




Yang ini, aku kena puji Zahid. Cantik permainan dia. Itu je caranya. Mahiaddin kata beberapa Adun BN nak melompat. Zahid jawab, sebenarnya Adun PN yang nak melompat. Bagi dia pulak menggelupur.


Tapi apa maksud Mahiaddin. Ada asas ke dakwaan dia? Bolehkah perkara itu berlaku?


Sebenarnya boleh. Kedudukan kerusi sekarang ni PN 17 dan BN 16. Jumlah kerusi DUN Pahang 42. PN cuma perlukan 5 untuk bentuk kerajaan, itupun kalau menang di Pelangai. Sebab tu Mahiaddin kata 4 Adun BN nak lompat. Dia kira ngam-ngam je.


Di Pahang, akta lompat parti belum diluluskan. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi bermakna kerajaan boleh dibentuk dengan menggunakan SD. Jadi apa yang Mahiaddin katakan itu boleh berlaku.


Tapi ada asasnya ke?


Sebenarnya tak ada. Mahiaddin cuma ada-adakan cerita ini. Pertamanya untuk memulihkan semangat pekerja parti yang sudah semakin kendur. Dakwaan Mahiaddin itu umpama maajun kuat untuk mereka.


Kedua, Mahiaddin pun tahu penduduk Pelangai tak mahu diwakili pembangkang. Apa lagi yang jadi pembangkang itu PN. Di negeri PN memerintah pun rakyat terabai. Inikan pula hanya jadi pembangkang.


Jadi Mahiaddin buat dakwaan itu dengan harapan penduduk Pelangai akan termakan cerita dongeng itu. Hakikatnya dia pun tak tahu mana nak cari lagi 4 orang Adun tu. Itu pun kalau menang di Pelangai.


Dari cara kempen Mahiaddin, boleh nampak yang PN sekarang memang sedang betul-betul terdesak. Rasanya Mahiaddin sendiri tak yakin boleh menang. Sebab tu dia makin merapu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.