KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA





KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) SAMBUT BAIK KEBENARAN IMPORT BERAS PUTIH DARI INDIA 


Saya mewakili Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan India kerana telah menarik balik larangan eksport Beras Putih Selain Basmathi ke atas Malaysia. 


Melalui Note Verbale yang saya terima pada hari ini, Kerajaan India telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengimport 170,000 metrik tan Beras Putih Bukan Basmathi.


Pada 25 Ogos 2023, saya telah menghantar surat permohonan kepada HE Mr Piyush Goyal, Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan & Pengedaran Awam India untuk menarik balik sekatan eksport Beras Putih Selain Basmathi ke atas Malaysia. Manakala pada 27 September 2023 saya telah mengadakan perbincangan bersama HE BN Reddy, Duta Besar India Di Malaysia berhubung permohonan ini.


Kebenaran yang diberikan ini menunjukkan Malaysia dan India mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik khususnya dalam bidang pertanian, penyelidikan, latihan dan keterjaminan makanan. Sekian, terima kasih. 


YB DATUK SERI HJ MOHAMAD SABU 

MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

KHAMIS, 19 OKTOBER 2023