DYMM TUANKU SULTAN JOHOR ADALAH SEORG RAJA YG TEGAS, PRO-AKTIF DAN DINAMIK.





DYMM Tuanku Sultan Johor adalah seorang Raja yg sangat tegas, menyerlah dan menunjukkan kepimpinan yg tinggi. Baginda tidak memberi ruang kpd elemen hasutan perpecahan 3R bersedia menegur dan bertegas.


Dijangka akan diangkat sebagai YDPA seterusnya mengikut giliran, baginda dianggap sangat sesuai bekerjasama dgn PMX Dato' Seri Anwar Ibrahim. Cuba baca apa ditulis oleh wartawan kanan M.Krishnamoorthy. Benar seperti kata penganalisis dan pemerhati, DYMM Tuanku Sultan Johor adalah seorg pemerintah yg pro-aktif dan dinamik.


Jadi tidak hairanlah jika ada pihak yg TERDESAK mahukan PMX dan Kerajaan MADANI jatuh sebelum tahun depan kerana tahu apa yg mereka terpaksa hadapi kerana permainan politik mereka hanyalah exploitasi, adu domba perkauman dan kebencian agama yg sungguh bertentangan dgn pendirian PMX dan juga Raja-Raja Melayu yg menyeru isu 3R dihentikan.


Keputusan rasmi penggiliran dijangka diketahui pd 27 Oktober 2023 setelah persidangan Majlis Raja-Raja Melayu (MRRM). Rakyat ternanti-nanti pengumuman berkenaan kerana Institusi YDPA itu sendiri adalah lambang penyatuan negara.


Wallahualam.


- Zus Din 

29092023



1 comment:

Anonymous said...

Ada parti yg akan panas punggung x kira lah you org Johor ke? Hang cross the line Hang hadapla…Daulat Tuanku.