MELAYU NI MUDAH JA- MAHATHIR DIA GUNA BANGSA DAN KALI NI DIA BAGI HADI MAIN ISU AGAMA.




Tak mampu serang dasar Kerajaan Perpaduan, tak mampu cari kelemahan pentadbiran DS Anwar, jadi yang ada hanya satu pilihan, tanamkan rasa benci orang Melayu kepada DAP. Caranya? Dengan main sentimen agama dan kaum.

Hakikatnya, negara ini memang negara sekular dari semenjak merdeka lagi. Kita guna perlembagaan buatan orang putih, bukan undang-undang Islam. Sebab itu jugalah kita ada dua set undang-undang, sivil dan syariah.

Isu perlembagaan orang putih inilah yang jadi asas amanat Hadi tahun 1981 dahulu. Malah MP Jasin sendiri akui yang perlembagaan ini adalah sekular. Tapi masa angkat sumpah sebagai MP, dia pun bersumpah juga akan pertahan perlembagaan ini.

Namun begitu, Islam adalah agama rasmi kerajaan persekutuan. Itu tertulis dalam perlembagaan dan tak boleh ditukar sewenangnya. Perlukan majoriti ⅔ parlimen dan diluluskan juga oleh Majlis Raja-Raja. Kelulusan Dewan saja tak memadai.

Jadi cerita apa yang Mahathir reka ini?

Buat apa DAP nak jadikan Malaysia sekular sedang Malaysia memang sudah sekular. Dan Malaysia memang negara berbilang kaum. Pemimpin kita dulu setuju terima orang Cina dan India sebagai rakyat negara ini sewaktu menuntut kemerdekaan.

Sekular atau tidak, apa yang penting adalah Islam bebas diamalkan di negara ini. Lihat di Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka jelas negara sekular tapi Islam berkembang pesat di sana. Kerana dakwah berjalan dengan baik.

Dan DS Anwar sendiri, semenjak jadi PM, banyak program agama yang diaturkan. Hingga kediaman rasmi PM pun jadi pusat dakwah. Ada dengar DAP larang? Tak ada. Tak seperti respon Gerakan waktu PAS nak pinda RUU355 dulu.

Masa Mahathir berkuasa, tjada pun dia buat begitu. Malah ada beberapa kenyataan Mahathir yang hina Islam seperti kalau buat hudud orang Melayu ramai jadi kudung, nak makan sup tangan pergi Kelantan, zaman Nabi saw tak ada pisau gilette sebab itu Nabi saw bela janggut dan sebagainya.

Tapi ketika DS Anwar jadi PM, Islam betul diangkat sebagaimana sepatutnya. DAP sendiri pun sebegai pemerintah di Pualau Pinang, berikan begitu besar peruntukan untuk pembangunan Islam. Tak beraku sewaktu Mahathir jadi PM.

Dalam DAP ada orang Islam. Ada antara mereka yang berkelulusan agama. Malah ada ahli DAP yang kehidupan hariannya lebih kemelayuan dan muslim dari Mahathir sendiri. Masuk rumah masih tanggal selipar dan makan masih guna tangan.

Sebenarnya Mahathir dah cukup terdesak. Mungkin ada rahsianya yang sikit lagi akan terbongkar dan hanya boleh diselamatkan jika kerajaan ini jatuh. Maka sebab itu di sanggup gadai maruah diri untuk bercakap seperti ini hanya untuk tubuhkan kerajaan ini.

Sudahlah Mahathir. Cukuplah tu. Negara ini mesti terus bergerak ke hadapan. Kita tak akan maju jika hasutan kaum terus berleluasa. Awak tu dah cukup kaya dah. Tapi rakyat masih ramai yang susah. Jadi usahlah ganggu progress negara ini hanya untuk kepentingan peribadi.

Berehatlah. Biarlah negara ini maju tanpa gangguan dan hasutan kebencian kaum dan agama seperti ini lagi. Biarlah negara ini penuhi potensinya yang ada tanpa gangguan. Berehatlah Mahathir. Usah bangkit lagi. Guane boh?

Raja Gelap