Seorang pemimpin mesti menunjukkan perwatakan
yang baik. Sebab dia dalam perhatian masyarakat. Bukan sebab hipokrit tapi
sebab tak mahu jadi contoh tak elok.
Kalau jenis suka gelak terbahak-bahak, tak
bolehlah macam tu bila di tempat awam sebagai pemimpin kerajaan. Kena kawal.
Kena ada sopan santun bila nak gelak tu.
Begitu juga kalau pelahap makan. Takkan di
tempat awam nak makan cara pelahap juga. Kena kawal la. Kalau di rumah lain
sebab tak ada mata memerhati. Bercakap pun begitu. Jangan jadi kata orang bodoh
bila berucap tu.
Apa lagi kalau yang merokok. Janganlah bangga
tunjuk awak perokok bila jadi pemimpin kerajaan. Kalau tak boleh berhenti pun,
hisap tu biar secara sorok-sorok.
Jadi pemimpin kena jaga sifat. Tak timbul
soal dia memang macam tu, tak mahu berlakon. Itu bukan berlakon tapi jaga
adab. Kalau jadi pemimpin soal jaga adab pun tak reti, baik jangan jadi
pemimpin. Guane boh?
Raja Gelap
.