JAMZURI ARDANI
Pengalaman saya dalam politik mengajar saya
bahawa setiap parti politik ini ada ketika jatuh dan bangun. Tidak sentiasa
berada di puncak. Umno, PAS, PKR, DAP, Bersatu, dan lain-lain akan ada
masa jatuh dan bangun.
Semasa di puncak jangan angkuh dan ketika
jatuh jangan sampai hilang harga diri.
Pun begitu, Amanah agak unik. Ia adalah
satu-satunya parti yang lahir dari PAS yang mampu bertahan lama. Ia tidak
mengulangi nasib parti-parti lain yang terbit dari PAS.
Bukan sahaja itu, malah Amanah adalah parti
yang setelah sahaja ditubuhkan terus menyertai gabungan yang menang dan
membentuk kerajaan selepas dua kali pilihanraya umum.
Pada PRU14, Amanah berada dalam gabungan PH
yang memenangi pilihanraya umum dan membentuk kerajaan. Kemudian sekali
lagi dalam PRU15, gabungan yang disertai Amanah berjaya membentuk kerajaan
dalam Kerajaan Perpaduan.
Semoga Allah merahmati pimpinan parti ini dan
menunjuki jalan-jalan yang diredhaiNya.
Aamiin!