PENGGEMBALA YANG MENJERIT "SERIGALA"




Andrian Lim Chee Ann


Pada zaman dahulu, ada seorang penggembala biri-biri yang berasa bosan dengan kerjanya sehingga memutuskan untuk mempermainkan orang kampung.


"Tolong-tolong", dia jerit.


Orang kampung pun bergegas keluar untuk membantunya.


"Mana serigala?"


Penggembala itu ketawa terbahak-bahak.


"Ha ha ha aku mempermainkan korang je!"


------


Beberapa hari kemudian, penggembala itu mempermainkan lagi orang kampung.


"Tolong-tolong", dia jerit.


Orang kampung pun bergegas keluar untuk membantunya sekali lagi.


"Mana serigala?"


Penggembala itu ketawa terbahak-bahak.


"Ha ha ha aku mempermainkan korang je!"


Of course lah orang kampung marah.


------


Beberapa minggu kemudian, seekor serigala benar-benar muncul. Beberapa ekor biri-biri menjadi korban. Lalu penggembala itu menjadi terdesak dan berlari ke arah desa untuk meminta bantuan.


"Tolong-tolong", dia jerit, tetapi penduduk kampung tidak lagi mengendahkannya.


PENGAJARAN: Orang yang selalu berbohong tidak akan dipercayai, walaupun di saat dia bercakap benar.


*Gambar sekadar hiasan

(Mesyuarat Majlis Kewangan Negara & Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition)



No comments: