TIDAK TONJOLKAN PEMBANGKANG INTELEKTUAL



Norman Radzuan.


Lepas Azan, Kalimah, Coldplay kini Sukan Sea


Hari ini beberapa pemimpin Pas mengulas mengenai Sukan Sea. Jika anda bijak… apa yg anda dpt lihat cara pembangkang berfikir? Lucu, tiada idea, ekstrim, tiada daya pemikiran intelektual dan apa lagi…


Oleh kerana cara mereka seperti kanak2 tadika berfikir biarlah saya tadikan sendiri menjawab soalan2 mereka….


“ Beginilah pemimpin pembangkang. Sebenarnya kita mampu raih 50 pingat emas tetapi oleh kerana di Sukan Sea kali ini tiada 2 acara favourite negara iaitu acara memfitnah dan menunggang agama… jadi sasaran Emas gagal diperolehi…bakayaro.”


Saya terkejut lebai komen pasal pingat emas. Tahukah mereka bahawa sindiran mereka itu seolah olah menghina atlet negara dan mereka seperti tiada langsung semangat kesukanan.


Sdgkan atlit kita telah berusaha berjuang utk mengharumkan nama negara. Mereka pergi utk menang… siapapun tidak mahu kalah. Sepatutnya mereka ucapkan tahniah dahulu kpd atlet dan berikan kata2 semangat utk berusaha di temasya akn dtg. 


Selepas itu baru meminta Menteri berikan post mortem…itu baru betul dan profesional. Itu pun kena study dulu cz saya difahamkan ada byk acara potensi emas negara tidak dipertandingkan di Hanoi. Bukan apa niat mereka nak salahkan Menteri Dap saja tu.


Bab sukan pun hendak dipolitikkan. Lepas ini pemimpin2 kerajaan kalau menguap pastikan mulut ditutup, lepas makan pastikan angkat pinggan sendiri, kalau pakai songkok pastikan jgn senget…sebab lebai2 ini akn perhatikan segala galanya asal boleh mengkritik dan membangkang.


Selepas 6 bulan saya tidak nampak pembangkang yg ada skg sebagai chk n balance utk kerajaan. Saya mengharap mereka mengkritik soal good governance. 


Isu yg dibawa hanyalah tertumpu menaikkan kemarahan antara kaum atau sensitiviti agama utk lahirkan persepsi. Itulah standard mereka…apa nak buat jual agama adalah jualan yg laris di negara ini.