NI BUKAN CARA ISLAM NI...NI SAKAW JAA LEBIH

 



Boleh lihat perbezaan antara orang yang memang ikut cara Islam dengan yang cuma sembang konon ikut cara Islam.


DS Anwar enggan mengambil gaji menteri kerana berasa malu rakyat ketika ini sedang hidup tertekan.


Note cuma ada satu gaji walaupun beliau jawat 2 jawatan menteri. Jadi DS Anwar cuma dapat elaun sebagai MP sahaja.


Bandingkan dengan penjawat dalam kerajaan yang ditadbir oleh lebai yang heboh konon hanya mereka yang bawa Islam.


Ahli Lembaga Pengarah diberikan bonus Aidilfitri sebanyak RM10,000 seorang ketika staff lain diberi hanya RM200.


Alasan lebai, ALP ni telah memerah minda dalam memberikan pandangan dan membuat keputusan. Tak kelakar ke?


Pandangan apa yang diberi? Keputusan apa yang dibuat? Kenapa sampai hari ini masalah air negeri itu belum selesai?


Bukan soal ikut prosedur atau tidak. Ini soal maruah diri. Dengan kegagalan AKSB menguruskan bekalan air, tak berasa malukah untuk ambil imbuhan?


Beginikah cara Islam versi lebai? Ini bukan soal gaji. Kalau gaji tu tak kisah lagi. Tapi ini bonus tau. Extra dari gaji biasa.


Pemberian tu tak salah. Tapi sepatutnya buat rakyat buka mata menilai siapakah yang sebenarnya yang amalkan Islam sebenar.


Garis perbezaan antara kedua itu begitu jelas tapi hanya yang terbuka mindanya akan dapat melihat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



No comments: