JIKA BERJIWA BESAR MAIL PATUT BANTU PMX

 

Ismail tidak ikhlas seperti Anwar Ibrahim.


Norman Radzuan


JIKA BERJIWA BESAR MAIL PATUT BANTU PMX


Semalam viral video mantan PM, Ismail Sabri mengatakan Kerajaan Perpaduan ini seperti kahwin paksa iaitu tiada cinta antara satu sama lain. 


Pandangan saya sejak Kerajaan Perpaduan atas permintaan Yang Dipertuan Agong ini ditubuhkan…Ismail Sabri dilihat seperti tiada kesungguhan untuk membantu kerajaan utk memulihkan ekonomi negara yang sgt kritikal.


Jika melihat kpd keikhlasan jelas Anwar Ibrahim jauh lebih ikhlas ketika Ismail menjadi PM ‘bidang terjun’ dahulu. Anwar menandatangani MOU utk kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri bertahan tanpa diganggu gugat oleh mana2 parti. Yang minta Ismail bubar adalah dari partinya sendiri.


Melalui persefahaman (MOU )tersebut, tempoh masa bagi ia berkuatkuasa bermula tarikh dokumen itu ditandatangani, iaitu bermula 13 September 2021 sehingga tarikh pembubaran Parlimen Malaysia Ke-14.


Ia dilakukan demi kestabilan politik kerana jika politik negara tidak stabil dan pelabur terus lari rakyat yg akan menderita. Jelas Anwar ketika itu diejek sebagai PM tepi berjiwa besar utk mempertahankan kerajaan Ismail sehingga tamat tempoh penggal demi kepentingan rakyat. 


Sdgkan Anwar ketika itu pembangkang tetap berjiwa besar sedangkan Ismail di dalam kerajaan tetapi tidak menunjukkan kesungguhan utk membantu kerajaan ini terus fokus membangunkan ekonomi negara.


Saya bersetuju dgn kenyataan Tok Mat ( Timbalan Presiden UMNO ) mereka yg ingin ganggu gugat kerajaan ini adalah mereka yg tidak meletakkan kepentingan negara tetapi meletakkan kepentingan peribadi.


Persoalannya adakah mereka berani berbuat demikian. Pertama mereka yg meletak jawatan sebagai MP tidak dibenarkan bertanding. Kedua sokongan Borneo sgt kuat sehinggakan menurut KJ, tanpa UMNO/BN, PH masih boleh kekal menjadi kerajaan.


Sejak bulan November pembangkang melakukan provokasi utk gugat kestabilan negara dgn mengatakan kerajaan ini akan jatuh dlm tempoh tiga bulan. Kemudian akn jatuh sebelum hari raya, kini sudah nak berhari raya. 


Bagi saya ia sekadar omong kosong perang saraf dan juga psikologi kpd penyokong2 mereka yang kini mula melihat PMX sudah mula menunjukkan kebolehannya mentadbir negara.


Kerajaaan Perpaduan yg mendapat sokongan dari Istana, Melayu bandar dan semi bandar, dari kepelbagaian kaum dan juga Borneo sgt dibimbangi pembangkang yg hanya mengharapkan sokongan Melayu luar bandar utk terus bersama mereka.


Pembangkang tiada isu ekonomi dan korupsi ( rasuah ). Modus operandi mereka hanya Islam tergugat, Melayu terpinggir dan Cina DAP kuasai negara. Selain itu untuk tidak mahu memadamkan keyakinan penyokong setiap bulan dibodohkan diratib kerajaan perpaduan akn tumbang.


Lepas raya mereka ulang lagi kerajaan akan tumbang, akn tumbang setiap bulan. Bila ditanya dlm bahasa kasarnya dari celah mana mereka dpt tumbangkan kerajaan ini dlm masa terdekat.. nyata tiada fakta. 


Mereka hanya sekadar berjanji kepada penyokong atau org Melayu utk terus menyokong mereka kononnya sedikit masa lagi mereka akn menjadi kerajaan. Itulah permainan politik mereka yang hanya utk memperbodohkan penyokong bahawa mereka ada sokongan. 


Sedangkan ia hanya sokongan kosong utk penyokong mereka hilang kepercayaan kpd mereka. Tapi apa nak buat mereka ada jumlah kerusi kurang dari PH pun mereka mengatakan merekalah kerajaan.



No comments: