ELOK JUGA CADANGAN NI : RUMAH TERBUKA PM TIDAK AKAN JADI PERTIKAIAN JIKA DIADAKAN DI SEMUA NEGERI


SEBARLUASKAN MENU RAHMAH- GULAI IKAN KERING NENAS,IKAN TEMENUNG GORENG. SAMBAL BELACAN.AYAM MASAK MERAH. TU PUN SEDAP DAH.ULAM BERBAGAI. SIAPA NAK BAWA, BUAT MASAKAN SENDIRI PUN JADI....POTLUCK





Sehari dua ini nampaknya semakin banyak berlaku tindakan berbalas hujah antara PN di satu pihak dengan PH dan BN di satu pihak lagi berkenaan penganjuran rumah terbuka Hari Raya oleh Perdana Menteri di enam negeri sebagaimana tarikh-tarikhnya telah diumumkan semalam.


Sementara PN mengatakan rumah terbuka itu lebih bersifat politik dan merupakan acara kempen menjelang PRN, PH dan BN sebaliknya sibuk mewajarkan bukan itu tujuannya.


Ada yang mengatakan ia adalah usaha untuk Anwar Ibrahim bertemu rakyat, dikatakan Kedah juga merupakan negeri dalam Malaysia dan di mana saja Perdana Menteri mahu mengadakan program, ia tidak seharusnya dipertikaikan, malah Dr Puad Zarkashi menyatakan, pemimpin pembangkang boleh turut sama hadir di semua program tersebut.


Saya seawal 20 April lagi telah menulis artikel berkenaan penganjuran rumah terbuka itu dengan tidak terkecuali mengaitkannya dengan unsur politik dengan tajuk – Rumah Terbuka Hari Raya atau Rumah Terbuka Pilihan Raya? yang boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/04/20/rumah-terbuka-hari-raya-atau-rumah-terbuka-pilihan-raya.html


Hakikatnya, siapa pun yang waras, matang dan dan terbuka fikirannya pasti tidak dapat mengelak daripada mengaitkan program rumah terbuka itu dengan matlamat sambil menyelam sambil minum air dan untuk mengutip keuntungan politik.


Ini berikutan PRN akan didakan di enam negeri terbabit pada Julai akan datang.


Kenapa hanya di enam negeri terbabit saja diadakan jamuan rumah terbuka yang dihadiri Anwar?


Kalau bukan kerana ada PRN, adakah rumah terbuka yang dihadiri Perdana Menteri tetap akan diadakan di enam negeri itu?


Kenapa tidak diadakan di semua negeri?


Jadi, tak usahlah berlebih-lebihan dalam mengeluarkan hujah kerana akhirnya ia akan dilihat seperti “kartun” saja kenampakannya.


Silapnya tidak lain ialah sejak awal – kabinet, pejabat Perdana Menteri dan pihak-pihak lainnya – tidak cukup teliti dan berhati-hati dalam mengatur program yang mahu diadakan.


Kita tidak nafikan kepentingan mempertahankan kuasa dan mengaut keuntungan politik dalam setiap program yang diatur, khususnya yang melibatkan Perdana Menteri.


Semua kerja Perdana Menteri dan menteri-menteri adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat atau bersifat politik kerana akhirnya, setiap lima tahun sekali, mereka perlu berdepan dengan sokongan pengundi dalam bentuk undi.


Sudah tentu semua usaha, kerja dan program adalah dengan matlamat mendatangkan kesukaan rakyat yang diharapkan akan diterjemahkan melalui sokongan undi setiap lima tahun sekali.


Perdana Menteri, menteri-menteri dan kerajaan adalah ditubuhkan berasaskan politik dan dengan itu, matlamat untuk kepentingan politik memang tidak boleh dinafikan.


Maka itu, dalam program rumah terbuka yang akan dihadiri Perdana Menteri itu, ia tidak sepatutnya dihadkan kepada enam negeri yang bakal berlangsung PRN tidak lama lagi semata-mata.


Seharusnya disusun jadual rumah terbuka untuk Anwar turun ke semua negeri, termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh Syawal ini.


Lindungilah kepentingan politik PRN di enam negeri itu dengan mengadakan program yang sama di negeri-negeri yang sudah selesai PRN juga.


Bukankah mereka pun rakyat juga dan Anwar adalah Perdana Menteri untuk seluruh Malaysia?


Melihat kecergasan Anwar yang seolah-olah tidak tahu erti penat, bahkan ketika kempen PRU15 lalu sentiasa bergerak ke negeri-negeri berbeza sambil berceramah dan hadir lima enam program setiap hari, rasanya tiada masalah jika diatur jadual rumah terbuka yang perlu dijelajahinya ke seluruh negara.


Jika diatur program rumah terbuka di semua negeri, sesuai dengan pembatalan rumah terbuka di Seri Perdana, pasti tidak timbul sebarang masalah berkaitan dengannya sepertimana yang berlaku hari ini.


Malah, Anwar akan lebih disanjung rakyat kerana sanggup meluangkan masa beramah mesra bertemu rakyat untuk berhari raya di semua negeri dalam Malaysia ini.


Ini tidak, buat hanya di enam negeri yang kebetulan ada PRN saja, memanglah orang akan pertikai macam-macam mengenainya?


Kalau PH ketika ini jadi pembangkang dan katalah Perdana Menteri ialah Mahiaddin Md Yasin, kiranya beliau juga mengadakan rumah terbuka hanya di enam negeri yang kebetulan akan berlangsung PRN tidak lama lagi saja – berani potong jari – pasti berdentam-dentum kecaman daripada pimpinan PH mengenainya.


Abang Mat Sabu mungkin sekali lagi akan membaling mikrofon kerana tidak dapat menahan rasa marahnya.


Jadi, nak salahkan siapa kalau bukan diri kita sendiri? ShahbudinHusin 24/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/



No comments: