HUTANG ORANG LAIN PUN NAK DILUPUSKAN JUGA -TAK KANLAH PENEROKA SEMATA MATA- HASIL FELDA PERLU DITINGKATKAN-BUAT HUTANG KERAJAAN LUPUS -BUAT LAGI SAMPAI BILA. KALAU SAHAM FGV MELAMBUNG BUKAN SEMUA RAKYAT YANG AKAN DAPAT MANFAAT. JADI PENEROKA KENA BAYAR LAH.

 

Muhyiddin pertahan lupus hutang peneroka Felda

Muhyiddin Yassin tidak fikir inisiatif yang dilaksanakan oleh pentadbirannya akan beri kesan besar kerana hutang-hutang itu adalah hutang lapuk.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda, mendakwa ia tidak akan beri kesan besar kepada aliran tunai agensi itu.

“Saya tidak fikir inisiatif pelupusan hutang yang dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional dahulu memberi kesan besar kepada aliran tunai Felda kerana hutang-hutang itu adalah hutang lapuk,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu, ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Dengan penerbitan sukuk RM9.9 bilion yang dijamin oleh kerajaan, Muhyiddin percaya Felda berkemampuan untuk meneruskan pelupusan hutang peneroka itu.

“Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih,” tambahnya.

Kerajaan bulan lepas mengumumkan kutipan balik hutang atau pinjaman peneroka yang dikeluarkan hingga kini perlu terus dilakukan, kerana ia membentuk 10.8% jumlah pendapatan jangkaan bagi tahun ini.

Agensi itu sebelum ini sudah melaksanakan pelupusan sebahagian hutang peneroka bernilai RM8.3 bilion, berbanding jumlah keseluruhan RM12.1 bilion, pada 2021.

Pelupusan bersyarat sebahagian pinjaman peneroka Felda itu diumumkan Muhyiddin pada Julai 2021, merangkumi pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula (92,441 peneroka), pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja (52,180 peneroka), pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd (38,043 peneroka), dan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal (6,711 peneroka).

Pengerusi Felda Idrus Jusoh berkata pelupusan hutang peneroka untuk kali kedua tidak dapat dilaksanakan kerana dikhuatiri akan beri kesan besar kepada aliran tunai agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata penghapusan hutang peneroka secara berterusan memberi impak besar terhadap aliran tunai Felda.

No comments: