Kalau orang suruh kita bawa kereta, sedangkan kita tahu kita lesen tak ada, sepatutnya kita maklumkan ke kepada orang tu yang kita tak ada lesen.
Tak ada lesen bukan bererti kita tak pandai pandu kereta. Lesen itu sebagai pengesahan kita sudah diajar tentang kaedah pemanduan di Malaysia.
Kalau kita dah tahu tak ada lesen, orang yang suruh kita pandu tu pun tahu kita tak ada lesen tapi tetap nak kita bawa juga kereta tu, kemudian kena tahan dan disaman, bolehkah nak salah pihak polis?
Begitulah dalam kes ceramah yang batal tu. Dengar cerita ada lagi yang kena larang berceramah dan buat bising di media sosial berkenaan larangan itu.
Tak pasti apa sebab larangan tu. Adakah sebab tak ada tauliah juga?
Soalan aku, ustaz tu sendiri pun tak tahukah dia tak ada tauliah? Kalau dah tahu tak ada tauliah, kenapa masih lagi nak terima undangan tersebut?
Sengaja nak lawan undang-undang? Sengaja nak cabar penguatkuasa agama? Atau sengaja nak buat isu supaya boleh dipolitikkan? Atau apa?
Benda mudah. Dah tahu tak ada tauliah mengajar di sesebuah negeri, jangan terima undangan mengajar di negeri tersebut. Kalau teringin sangat mengajar di sana, pohonlah tauliah. Habis cerita.
Apa hal nak bertauliah bagai ni? Nak ajar agama pun payah sangat.
Untuk yang tanya soalan begini, kita tanya dia balik, dia nak ke ajaran sesat disebarkan tanpa kawalan? Nak tengok ulang siaran ajaran seperti al-Arqam wujud kembali? Nak ajaran Syiah berkembang?
Tauliah ni tujuannya supaya pihak berkuasa agama dapat pantau ajaran yang sesat, yang tak menepati ciri ASWJ dan sebagainya tidak dapat disebarkan.
Ustaz-ustaz pun janganlah gong sangat. Rasa diri popular sangat sampai tak perlu tauliah. Peraturan adalah peraturan dan tak patut ada pengecualian.
Bukankah kita sebagai muslim disuruh taat kepada pemerintah selama mana pemerintah itu tidak menyalahi arahan Allah? Ustaz tak ustaz, kalau itu peraturannya, maka ikutlah.
Bukan tak ada ustaz yang terkenal, yang namanya begitu gah, yang dah tulis ratusan buku, berfatwa songsang yang menyebabkan perpecahan kalangan umat.
Kalau enggan patuh, bila dilarang, tak payahlah nak meroyan dalam FB. Sendiri tahu tak ada lesen, tapi sendiri degil nak pandu kereta, bila kena saman jangan marah polis pula. Terima sajalah. Guane boh?
Raja Gelap
.