DAH TAK LAYAK DAPAT ROYALTI MINYAK JANGAN MERACAU- TAK BETUL SAMAN LAH KERAJAAN PUSAT-MASA JADI PEMERINTAH 33 BULAN, TAK ADA PULAK MERUNGUT





AZIZUL SAAD

Allahuakbar terkejut saya, kerana Kerajaan PN 33 bulan masa pas memerintah sebagai kerajaan pusat pun tak beri royalti pada negeri kelantan.

Sampai bila nak bodohkan rakyat Kelantan wahai pemimpin pas? Berapa puluh tahun lagi kalian mahu bodohkan rakyat Kelantan isu royalti minyak ini?. Sampai bila?Sampai bila?!!!!.

Sudah termaktub dalam undang-undang, Kelantan tak layak terima royalti. Sejak berpuluh tahun lagi. Biar sesiapa pun yang menjadi kerajaan pusat tidak menjadi kesalahan mereka untuk tidak memberi royalti kepada kerajaan negeri Kelantan.

Jika ada pelanggaran undang-undang. Apabila kerajaan pusat tidak memberi Royalti kepada Kerajaan negeri Kelantan pasti Kerajaan negeri Kelantan ada hak boleh saman kerajaan pusat. Dan pasti Yang berhak akan menang. Tetapi berpuluh tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas, mereka hanya melaungkan rektorik seolah olah mereka dizalimi tetapi tiada tindakan undang undang pun diambil terhadap kerajaan pusat. Kerana mereka tahu mengikut undang-undang mereka tidak pernah layak menerima royalti.

Alhamdulillah, ada hikmahnya Pas menjadi kerajaan pusat sebelum ini. Setelah pemimpin-pemimpin pas menjadi menteri-menteri kabinet kerajaan pusat dibawah kerajaan PN, membuktikan lagi isu royalti minyak apabila tiada seorang pun dari menteri atau wakil rakyat Pas ketika itu menafikan apa yang Tengku Zafrul umumkan dalam parlimen ketika pas menjadi wakil dari kerajaan pusat.

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

“Namun begitu, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka Kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.

https://www.astroawani.com/.../tiada-royalti-petroleum...

Ya Allah! kurniakan hak dan rezeki rakyat kelantan dan kembalikanlah segala milik dan nikmat rakyat Kelantan kepada mereka dari kejahatan dan kezaliman dan penipuan Pemimpin Parti ajaran sesat. Hentikanlah kejahatan pemimpin pas yang terus membodohkan rakyat Kelantan selama berpuluh tahun ini. Insyallah. Amin.

Sekian