Lebai jarang cerdik. Kan?
Doa yang tak elok tu satu. Dia doakan banjir dekat Stadium
Axiata sedangkan ada juga muslim yang pergi konsert. Malah mungkin yang pergi
tu lebih warak berbanding dia. Takkan tak tahu banjir boleh sebabkan kehilangan
jiwa?
Masalahnya, konsert Blackpink tu di Stadium Bukit Jalil. Bukan
Stadium Axiata. Katanya di Stadium Axiata tu ada konsert kerohanian menampilkan
penyanyi Opick lagi. Tak check fakta dulu ke?
Alahai lebai. Janganlah suka doakan bencana untuk orang lain.
Nabi saw sebagai insan contoh pun tak doakan kehancuran untuk penduduk Taif
walaupun dibaling batu hingga cedera.
Aku musykil dengan lebai ni. Dia anggap orang lain pendosa dan
layak ke neraka tu satu hal. Dia doa bencana untuk orang tu dia rasa perangai
orang beriman ke? Guane boh?
.