Di TikTok tular beberapa posting kononnya terdapat percubaan
untuk menukar Perdana Menteri yang dikabarkan akan berlaku sebelum Raya.
Dikabarkan juga percubaan ini didalangi oleh beberapa pihak yang
mula cemas ekoran terdapat sesetengah pimpinan mereka didakwa di mahkamah.
Malah ada juga pimpinan mereka tanpa segan silu mengakui
terdapat cubaan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
Entah apa lah yang difikirkan oleh mereka ini. Mulut mereka tak
lekang mempersoal tentang rampasan kuasa berbanding berfikir bersama-sama untuk
memajukan negara.
Tatkala Amazon, Tesla dan pelbagai syarikat besar mula mengintai
ruang untuk melabur di negara kita, sebarang tindakan untuk menumbangkan
kerajaan sedia ada hanya bakal mengundang sekali lagi ketidaktentuan politik.
PRU15 sudah lama berakhir. Kerajaan pun sudah dibentuk. Tak puas
hati? Tunggu PRU 16!!!
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
4 Mac 2023