APA STATUS TENGKU ZAFRUL DALAM SIASATAN SPRM, SUSPEK ATAU SAKSI?

 

Selepas bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin disiasat SPRM berhubung projek Jana Wibawa, siasatan selepas ini adalah kepada bekas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

SPRM semalam mengesahkan mereka akan memanggil Tengku Zafrul dalam waktu terdekat ini.

Dalam waktu yang sama jugq semalam, SPRM turut nengesahkan Mahiaddin adalah suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa itu.

Kenyataan SPRM melalui sumber yang tidak dinamakan itu sekaligus menolak kenyataan Mahiaddin sebelum itu yang mengatakan beliau beliau hanya dipanggil untuk membantu siasatan.

Jana Wibawa ialah pemberian projek secara runding terus yang diusahakan Kementerian Kewangan yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul bagi tujuan membantu kontraktor yang terkesan teruk akibat Covid19.

Sebelum PRU15 lalu, sebaik Tengku Zafrul dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ada mengungkapkan kata-kata lebih kurang “Tengku Zafrul akan membawa banyak gula untuk parti menghadapi PRU akan datang.”

Bagaimanapun, beliau kalah di Kuala Selangor pada PRU15 lalu, tetapi terus dikekalkan dalam kabinet Anwar Ibrahim sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Berhubung siasatan SPRM itu, Tengku Zafrul dilaporkan sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang dijalankan oleh badan penguatkuasa anti rasuah itu.

Katanya, beliau akan memberikan kerjasama penuh dan tiada apa yang hendak disembunyikannya.

Persoalannya di sini, oleh kerana ketika era Mahiaddin menjadi Perdana Menteri, Tengku Zafrul adalah Menteri Kewangan dan Jana Wibawa itu sendiri di bawah kendaliannya, beliau akan disiasat sebagai apa?

Sebagai suspek juga macam Mahiaddin atau sebagai saksi untuk pendakwaan terhadap Mahiaddin? – ShahbudinHusin 20/02/2023.




No comments: