PENGALAMAN DAP KUASAI PENANG

 IBRAHIM MAT ISA

Nota pengalaman:

Dulu masa LGE baru jadi ketua menteri di Penang, tiap minggu puak UMNO demo depan ofis sampai ada kiriman kek bentuk taik lagi! Sekarang UMNO dah nyawa ikan di sana.

Kebisingan bahawa DAP itu parti jahat, najis atau komunis tak ada dah kerana urus tadbir yang baik dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan. Puak yang kuat berdemo dulu pun entah hidup lagi ke tidak.

Dulu banyak masjid di Penang berkeadaan dhaif dan sederhana. Pembangunannya lambat kerana harapkan infak dari orang. Lantas, itu yang dipertingkatkan.

Aku masih ingat, di Penang lah permulaan masjid diimarahkan, dipasang air-conditioning dan kipas heli agar jemaah beribadah jadi nyaman.

Di Penang kini hanya tinggal DUA sahaja kerusi parlimen oleh parti selain PH iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Semoga ada wakil PH yang berjaya mengalahkan parti BN di kawasan itu.

Dari segi pembangunan, tak perlu ditanya. Pi saja ke Penang dan anda boleh lihat langsung. Memang persaingan kehidupan sangat sengit seperti harga properties yang tinggi, peluang pekerjaan yang sangat memerlukan kepandaian dan kecekapan sebagai pilihan utama, tapi itu semua berjaya memberi pengalaman dan mencerdikkan penduduk Penang sendiri.

Kenyataan aku ini bukan mempertuhankan DAP atau PH atau makhluk pemimpin, tapi harus diingat bahawa kesilapan memilih pemimpin boleh menyebabkan rakyat menanggung susah, jurang kaya miskin jadi besar dan taraf hidup lambat dinikmati sementara apa yang tinggal tidak berharga.

Memang perkelahian semasa kempen sangat tidak logik sehingga timbul isu fitnah, kata mengata, maki hamun pun hebat dan claim bahawa parti merekalah yang hebat.

Yang terpenting, rujuk balik ke fakta. Lihat pencapaian pentadbiran parti mereka. Kalau ada yang tidak kena, kita kritik supaya diperbetulkan semula. Pemimpin pula jangan sombong tapi harus down to earth kepada rakyat terbanyak.

Yang sangat utama, pemimpin jangan rasuah!

Seperti kata Ustaz Dr Danial Zainal Abidin, Malaysia sedang sakit kerana ramainya pemimpin yang rasuah. Cara ubati sakit Malaysia ini ialah, kita campakkan jauh-jauh puak dari parti yang rasuah itu. Undilah Pakatan Harapan. Boleh? Tentu saja #kitaboleh

Kalau hangpa ada idea nak tulis negeri lain, silakan.