Nafas baru Bukit Gantang, Fakhruldin azam bela nelayan Kuala Sepetang

 

Nafas baru Bukit Gantang, Fakhruldin azam bela nelayan Kuala Sepetang

Nafas baru Bukit Gantang, Fakhruldin azam bela nelayan Kuala Sepetang

Dr Fakhruldin berkata beliau berazam untuk memastikan nasib nelayan di Kuala Sepetang di bela dan taraf hidup mereka perlu dipertingkatkan.

Beliau yang merupakan calon bagi Parlimen P.059 Bukit Gantang itu turut menyatakan pelbagai perancangan telah disusun dan akan diteliti bagi memastikan bukan sahaja nelayan di Kuala Sepetang dapat meningkatkan pengeluaran hasil laut mereka, malah usahawan makanan berasaskan hasil laut di kawasan itu juga perlu mendapat latihan yang sepatutnya bagi mengembangkan lagi produk mereka.

“Saya yakin dan percaya, pelbagai usaha boleh kita lakukan untuk penduduk di sini. Bukan sahaja berkaitan urusan mata pencarian mereka, malah bantuan-bantuan lain,(seperti) nak baiki rumah, biasiswa anak sekolah, kursus usahawan,“ katanya.

Salah seorang pengusaha produk makanan berasaskan hasil laut di kawasan berkenaan, Zahari bin Shahrom, menyatakan dirinya sangat berhasrat produk yang dihasilkan dapat menembusi pasaran ke seluruh Malaysia dan bukan sahaja tertumpu kepada penduduk kampungnya sahaja.

Antara produk yang di keluarkan oleh Zahari ialah belacan, ikan kering, ikan masin, sotong kering dan pelbagai lagi produk hasil laut yang lain.

“Memang ada(kursus usahawan), kita akan teliti nanti. Kita dedahkan macam mana aspek pembungkusan, pemasaran dan tak mustahil kita pergi lagi jauh, contohnya bagaimana untuk dapatkan sijil halal,“ Kata Dr Fakhruldin yang melawat perkampungan nelayan Kuala Sepetang hari ini.

Tambahnya lagi, lebih banyak yang boleh beliau usahakan sekiranya diberi peluang dalam PRU15 kali ini.

Calon Pakatan Harapan(PH) itu yang sekarang dalam rangka berkempen ke ketiga-tiga DUN merupakan Mantan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak dan pernah menyandang jawatan Ketua Eksekutif, Institut Darul Ridzuan.

Kuala Sepetang merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang selain dua lagi DUN iaitu Changkat Jering dan Trong.

No comments: